Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.ta] | جات

Definisi : lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri Terengganu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jata


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi".
2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja".
Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain.
Tatabahasa19.10.2014
Adakah perkataan REGALIA boleh digunapakai dalam bahasa Melayu?

Regalia ialah bahasa Inggeris. Istilah bahasa Melayu untuk regalia ialah jata atau juga dikenali dengan alat kebesaran.

Istilah03.01.2009

Kembali ke atas