Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : larut malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : larut malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauh (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura,
Berantonim dengan dekat

2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,

Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan,

Puisi
 

Rumah ini asam kelubi,
     Jatuh ke laut timbul tenggelam;
Inilah rasa mengenang budi,
     Rumahku jauh hari pun malam.


Lihat selanjutnya...(8)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
night castingpancing malamPerikananTiadaAktiviti memancing yang dilakukan pada waktu malam dengan menggunakan cara tertentu, biasanya menggunakan kaedah lemparan jauh.
visual rangejarak visualMeteorologiMeteorologi PerhubunganPada siang hari, jarak apabila kontras antara sasaran tertentu dengn latar belakangnya mempunyai nilai yang sama dengan daya penglihatan seseorang pemerhati. Pada malam hari, jarak paling jauh seseorang pemerhati dapat melihat sumber cahaya lilin dalam keadaan atmosfera tertentu.
effective terrestrial radiationsinaran bumi efektifSainsHidrometeorologiPerbezaan antara sinaran bumi inframerah yang keluar dari permukaan bumi dan sinaran balas inframerah yang masuk dari atmosfera. Perbezaan ini merupakan kuantiti positif yang bernilai beberapa perpuluhan langley (satu gram-kalori per sentimeter persegi) per minit pada keseluruhan hari (kecuali dalam keadaan awan mendung rendah). Maksimum harian biasanya terdapat pada waktu tengah hari apabila suhu tanih tinggi dan mengakibatkan kadar keluaran sinaran bumi yang tinggi. (Oleh itu, sinonimnya sinaran malam mudah menimbulkan kekeliruan). Akan tetapi, pada waktu siang, sinaran bumi efektif umumnya jauh berkurangan daripada penyuriaan manakala pada waktu malam, sinaran bumi efektif jauh lebih banyak daripada yang lain dalam imbangan tenaga permukaan bumi. Istilah ini juga dikenali sebagai sinaran malam atau sinaran efektif.
jet laglamban jetPsikologiPsikologi UmumGangguan ritma badan atau sirkadian yang boleh melemahkan atau mengganggu kesihatan dan kesejahteraan individu. Gangguan ini mengakibatkan perasaan seperti kelesuan, kerengsaan, masalah tumpuan dan gangguan tidur akibat perubahan waktu siang dan malam secara mendadak seperti yang berlaku kepada individu yang melintasi garisan waktu GMT atau dalam perjalanan jarak jauh dengan menggunakan kapal terbang.

Kembali ke atas