Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jau.ha.ri] | جاوهاري

Definisi : Ar 1. sl tukang (saudagar) permata; 2. cerdik pandai, ahli; ~ juga yg mengenal manikam prb hanya orang yg bijak sahaja yg mengetahui tentang keelokan ilmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jau.ha.ri] | جاوهاري

Definisi : 1 tukang atau saudagar permata. 2 orang yg cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jauhari
Rujuk :ahli


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Diharapkan tuan dapat menjawab soalan saya. (a) Dia belajar di Darjah Dua. (b) Dia belajar di dalam Darjah Dua. Yang mana betul? Adakah Darjah Dua di atas perlu ditulis dengan huruf besar? Sila jelaskan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia belajar di darjah dua. Frasa ‘darjah dua’ merupakan frasa yang mengandungi kata nama am bukan kata nama khas. Ayat contoh: Dia belajar di Darjah Dua Jauhari merujuk kata nama khas, iaitu Darjah Dua Jauhari.Tatabahasa17.10.2014
Saya seorang penduduk Singapura yang minat dengan kesusasteraan Melayu klasik. Namun, koleksi hikayat-hikayat dan syair-syair lama yang terbesar tersimpan di Perpustakaan Kebangsaan Singapura, dan tidak boleh dipinjam. Kebanyakannya terbitan DBP. Masihkah DBP menerbit sastera Melayu klasik dan bolehkah mereka didapati di kedai-kedai buku Malaysia atau Singapura?Buku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain07.11.2015
Saya berminat sangat dan berharap pihak dewan bahasa dan pustaka akan menerbitkan semula buku2 lama seperti hikayat hang tuah dan diedarkan secara komersial supaya lebih mudah didapati.. Sebagai tambahan saya berharap laman sesawang untuk dewan bahasa dan pustaka dapat lebih ditambah baik supaya lebih menarik dengan grafiknya dan lain2 supaya masyarakat lebih minat untuk singgah ke halaman sesawang dewan bahasa dan pustakaBuku-buku lama dikenali sebagai Karya Agung Melayu diterbitkan semula oleh Yayasan Karyawan. Antara karya yang diterbitkan semula oleh oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Buku-buku ada dijual di Kedai Buku DBP.Lain-lain06.07.2015
Karya Agung: Siapakah penulis yang mendapat anugerah karya agung bagi hasil penulisannya dan apakah judul penulisan mereka?Karya Agung Melayu ialah karya yang tertulis dalam bahasa Melayu atau yang diungkapkan atau dilisankan dalam bahasa Melayu, tidak kira di manakah asalnya di Dunia Melayu ini. Tiga faktor utama yang merangsang penghasilan Karya Agung dalam bahasa Melayu dalam sejarah yang lalu ialah (a) kekuatan bahasa Melayu itu, (b) pengaruh Islam, dan (c) peranan istana dan sekolah pondok/pesantren. Tiada pengarang yang menerima anugerah atas penulisan mereka kerana beberapa sebab seperti waktu, tujuan dan tidak diketahui pengarangnya. Antara karya yang ditakrif sebagai Karya Agung Melayu oleh Yayasan Karyawan ialah Sulalat al-Salatin (Tun Seri Lanang), Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa, Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Hikayat Aceh, Hikayat Raja Pasai, Bustan al-Katibin (Raja Ali Haji), Taj al-Salatin (Bukhari al-Jauhari) dan banyak lagi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku "Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan" terbitan Yayasan KaryawanLain-lain13.06.2007

Kembali ke atas