Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa I;

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin kepastian mengenai persamaan bahasa melayu dan jawa...adakah leksikal item yang sama antara bahasa melayu dan jawa..dan bagaimana phonetik nya...terima kasih

Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Indonesia, Malaysia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lagi. Bahasa Jawa ialah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat">Jawa Barat, Jawa Tengah">Jawa Tengah & Jawa Timur">Jawa Timur di Indonesia. Satu persamaan yang nyata antara kedua-dua bahasa tersebut ialah penuturnya daripada kalangan orang Melayu dan pada sebahagian kata ada persamaan fonem dan leksikalnya. Hal ini perlu diperhalusi terlebih dahulu dalam buku/makalah yang memaparkan kajian perbandingan antara kedua-dua bahasa tersebut. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih. 

Lain-lain20.02.2009
Bolehkah menggunakan perkataan pinjaman bahasa jawa dalam karangan bahasa melayu?Tidak semua bahasa Jawa  boleh diterima dalam konteks rasmi kerana bahasa Jawa tidak difahami oleh semua khalayak. Bagi memilih kata yang sesuai, kami mencadangkan tuan merujuk kamus, kata yang tidak lazim didengar dan dilabelkan sebagai bp (bahasa percakapan) hendaklah dielakkan penggunaannya. Tatabahasa05.10.2014
1. maksud bahasa klasik, jawa, moden dan english. 2. dialek(penggunaan bahasa)1. Bahasa klasik ialah bahasa lama 2. Bahasa Jawa ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang -orang Jawa. 3. Bahasa moden ialah bahasa kini 4.Bahasa Inggeris ialah bahasa asal yang digunakan oleh orang-orang Inggeris. 5. Dialek ialah (dialék) satu bentuk bahasa yg digunakan dlm sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza drpd bahasa standard, loghat, pelat daerah (negeri dll): ~ Kelantan; ~ Kedah; ~ sosial (Lin) variasi bahasa yg dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, mis bahasa istana. Untuk lebih jelas sdr. bolehlah merujuk Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, dalam KAWAT, (laman DBP).Makna12.02.2007
Assalamualaikum Tuan, Saya masih keliru dengan penggunaan akhiran "kan". Contoh ayat: 1 Asam jawa diramaskan (atau diramas?) dengan air dan dilumurkan (dilumu?) pada badan.... 2 Asam jawa dicampurkan (atau dicampur?) dengan daun rambutan ..... 3 Tiga sudu besarr asam jawa direbus (atau direbuskan?) bersama-sama ....

Daripada contoh ayat yang diberikan, penggunaan kata kerja yang betul ialah:

  1. diramas
  2. dilumur
  3. dicampurkan
  4. direbus
Tatabahasa24.12.2018
bolehkah saya menggunakan perkataan pangeran di sekolah? yang kedua dari manakah perkataan pangeran berasal? berdasarkan carian saya di Google ia berasal daripada perkataan Jawa Kuno tapi adakah perkataan ini adalah perkataan asli jawa atau adakah ianya perkataan serapan dari Sanskrit dan lain2? Terima kasih

Pangeran berasal daripada bahasa Jawa. Pangeran dalam bahasa Melayu membawa maksud “gelaran untuk keluarga atau anak raja di Jawa dan di Brunei.” (Kamus Dewan Perdana). Padanan ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya.

Lain-lain10.04.2022
Kondangan berasal dari Bahasa Jawa. Tolong entri Kondangan ditandai sebagai Bahasa Jawa (Jw)Terima kasih atas maklumat ini. Pihak DBP akan menjalankan penelitian bagi kata ini,  yang asalnya berlabel JK (Jakarta).Lain-lain27.04.2023
Perkataan bareng merupakan bahasa jawa, benar? Bagaimana perkataan pinjaman dari bahasa jawa, dll boleh digunapakai dalam sastera bahasa melayu malaysia? Apakah penggunaan pinjaman sebegini menjatuhkan martabat sastera bahasa melayu? Terima kasih.Sebaiknya penggunaan bahasa pinjaman dielakkan sekiranya terdapat padanan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sastera, kadangkala penggunaan bahasa pinjaman ini bertujuan mengindahkan dan mempelbagaikan variasi bahasa atau merujuk konteks sosial dan tempat. Tetapi, dalam penulisan rasmi, penggunaan bahasa Melayu standard satu kemestian.Sastera25.11.2015
Kemaruk, Ompong, Kèdêr, Pulut I, Kolak I berasal dari Bahasa Jawa, tolong ditandai sebagai Bahasa Jawa. Jika butuh bukti nanti saya akan kirimkan bukti.Terima kasih atas maklumat tersebut. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata ini.Lain-lain27.04.2023
encok berasal dari Bahasa JawaBenar, kata encok (enchok) berasal daripada bahasa Jawa jika merujuk A Malay-English Dictionary susunan R. J Wilkinson (1959). Namun, dalam kamus-kamus yang lain misalnya Kamus Bahasa Melayu susunan Sir Richard Winstedt (1960) berlabel In (Indonesia), Kamus Dewan (1970) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Umum Bahasa Indonesia susunan W.J.S Poerwadarminta (1986) tiada berlabel, Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam jaringan) berlabel Jk (Jakarta), Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) berlabel I (Indonesia) dan Kamus Dewan Perdana (2020) berlabel Jk (Jakarta).

Asal usul kata atau etimologi sesuatu kata (khususnya bahasa Melayu) sangat menarik untuk dikaji dan memerlukan kepakaran dan ketekunan dalam memperoleh maklumat yang tepat.
Lain-lain24.04.2023
Saya mempunya 1 soalan. Apakah asal usul Rewang, Merewang(bergotong royong) yang selalu diguna orang melayu... Kerana ada ada sahabat saya jawa menyatakan Rewang adalah dari bahasa jawa...Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rewang bermaksud gotong-royong sebagai per­siapan untuk menjayakan sesuatu majlis (ter­utama­nya majlis kenduri perkahwinan). Tiada sumber yang menyatakan perkataan rewang berasal daripada bahasa Jawa.Lain-lain10.05.2021
1234567

Kembali ke atas