Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa I;

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN JAWAADAT PERKAHWINAN JAWA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Jawa di Pulau Jawa, Indonesia. BUDAYAKonsep
ASAM JAWA

Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik,

yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh

23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun

yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang

kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan

hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji.

Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna

perang yang digunakan untuk membuat minuman

yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini

dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai

makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di

bahagian panas yang di dunia.

Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam

famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah

Tamarindus indica .

UMUM 
ISLAM DI JAWA

ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ORANG JAWA

Orang Jawa, kumpulan etnik terbesar yang mendiami Kepulauan Jawa, Indonesia. Wilayah asal dan wilayah taburannya juga paling luas di seluruh Indonesia.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
MANUSIA JAWA

Manusia Jawa ialah sejenis manusia prasejarah

yang hidup antara satu juta hingga 500 000 tahun

dahulu.

UMUM 
JAWA DWIPA

JAWA DWIPA, berasal daripada perkataan Sanskrit Yawadwipa yang bermaksud pulau atau semenanjung Yawa. Sebahagian besar sejarawan bersetuju bahawa Yawadwipa ini ialah Pulau Jawa. Ada juga pendapat bahawa Yawadwipa dan Jawadwipa ialah dua tempat yang berlainan. Mengikut K.R. Halla, Yawadwipa terletak di lembah Sungai Jelai di bahagian barat daya Pulau Borneo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
CERITA SULUNG JAWA

Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965.

SASTERAKarya
PERANG JAWA

PERANG JAWA, perang menentang penjajahan Belanda yang berlaku pada tahun 1825.  Perang ini juga dikenal sebagai Pemberontakan Diponegoro.  Perang ini  merupakan penentangan terbesar orang Jawa terhadap Belanda yang diketuai oleh Pangeran Diponegoro, putera raja Yogyakarta.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DIPONEGORO, PANGERAN

Diponegoro, Pangeran (1785–1855) ialah

putera raja Jawa yang menentang Belanda dalam

Perang Jawa (1825–1830). Kerajaan Indonesia

mengisytiharkan Diponegoro sebagai wira

kebangsaan.

UMUM 
YOGYAKARTA

Yogyakarta (pend. 427 573) ialah bandar yang

terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Bandar ini

adalah salah sebuah pusat utama kebudayaan

Jawa. Yogyakarta berpusat di sekitar kraton

(istana) sultan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas