Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa I;

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Teranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Jawa pulang ke Jawa, Kisi-kisi tiang bersambung; Bukan mudah membuang nyawa, Nyawa tidak boleh diubah sambung.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Batik Jawa kalungan puteri, Seribu Seribu benang kain Semarang; Jika tuan memencil diri, Susah senang diri seorang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Perahu Jawa memuat arang, Tiangnya miring senget sebelah; Malulah muka melihat orang, Sedang bersanding pencirit basah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Orang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Orang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Padi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang Jawa menggunting jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas