Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawa I;

Puisi
 

Ajuk-ajuk pemarang Jawa,
     Jawa dari sebelah bukit;
Jangan merajuk mahkota jiwa,
     Tidak kurasa salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(67)
Peribahasa

Manis bagai gula Jawa.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaAjuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa pulang ke Jawa, Kisi-kisi tiang bersambung; Bukan mudah membuang nyawa, Nyawa tidak boleh diubah sambung.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mengail todak, Dapat seekor dibawa pulang; Bumi tertawa langit tergelak, Tengok bulan di pagar bintang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa mencari benang, Mencari benang di atas bukit; Orang jauh jangan dikenang, Lama-lama jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaPadi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaPadi Jawa ditaburlah orang, Padi muda dilurut juga; Beri sepuluh orang melarang, Hati muda diturut juga.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa menggunting jubah, Jubah digunting dalam perahu; Hati saya tidak berubah, Hati tuan saya tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa hilir ke kuala, Beli kain selepas Bali; Adik suka abangpun suka, Boleh kita mengikat janji.
1234567

Kembali ke atas