Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
“Ingat, cikgu,” jawab kelas 4 Persona. atau “Ingat, cikgu,” jawab Kelas 4 Persona. Adalah huruf K kecil atau besar.Penggunaan huruf besar dalam sesuatu ayat perlu digunakan di permulaan ayat atau selepas tanda titik.
Maka perkataan jawab perlu digunakan huruf kecil (“Ingat, cikgu,” jawab Kelas 4 Persona.)
Tatabahasa24.10.2019
Manakah struktur ayat yang betul? 1. Jawab soalan-soalan berikut. 2.Jawab soalan-soalan yang berikut. Terima kasih

Ayat yang betul ialah Jawab soalan berikut.

Tatabahasa21.04.2011
Apakah rasional imbuhan perubahan ejaan jawapan kepada kata dasar jawab apabila diimbuhkan dengan imbuhan 'an'? Sepatutnya ejaannya ialah jawaban. Terima kasih.Kata terbitan jawab + imbuhan an menjadi jawaban atau jawapan. Jawaban mengikut proses yang biasa (jawab + imbuhan an), sedangkan apabila menyebut huruf b tidak dibunyikan sebaliknya huruf p lebih jelas dibunyikan, jawapan.  Tatabahasa28.05.2009
Tolong jawab kelima-lima soalan Terima kasihLampiran yang diberikan tidak dapat dibuka. Sila lampirkan fail dalam format yang lebih sesuai.Penyemakan dan penterjemahan11.11.2021
Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan.Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan.Lain-lain23.09.2019
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan.1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu)

2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan  kapak dan lain-lain.

3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Lain-lain29.08.2015
Sila jawab secepat mungkin . Terima Kasih.Berdasarkan makna kata dalam kamus catatan harian bermaksud tulisan/rakaman tentang sesuatu peristiwa pada setiap hari. Walau bagaimanpun jika pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada guru sekolah atau penyedia soalan yang berkaitan dengan tajuk berkenaan.Lain-lain26.09.2011
kata 'jawab' jadi 'jawapan'. kenapakan kata 'adab' tidak menjadi 'peradapan'?

Adab tidak dieja 'peradapan' kerana bentuk ini adalah kekecualian. Sama halnya dengan kata 'mentertawakan' yang tidak dieja 'menertawakan'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang membincangkan tentang kata.

Tatabahasa27.06.2008
Mengapa jawab akhiri dgn b, tetapi jawapan akhiri dgn p? Terima kasih.Kata dasar jawab + -an menerbitkan kata jawaban dan jawapan. Kedua-dua bentuk ejaan diterima, bentuk pertama (jawaban) kerana proses gabungan dan bentuk kedua (jawapan) kerana bunyi yang dihasilkan daripada sebutan, iaitu jawapan (bukan jawaban) dan sebutan ini telah mantap dalam kalangan penutur jati.Ejaan12.11.2015
Mengapa kata dasar jawab jika menerima imbuhan 'an', bertukar menjadi jawapan.Kata dasarnya ialah "jawab". Oleh itu bentuk terbitan yang betul ialah "jawaban". Bagaimanapun, perkataan "jawapan" sudah mantap penggunaannya. Maka kedua-dua ejaan perkataan ini betul. Harap maklum.Tatabahasa21.07.2008
12345678910...

Kembali ke atas