Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil (disoal dsb), sahut; soal ~ pertanyaan dan jawaban mengenai sesuatu atau berbagai-bagai perkara (biasanya disiarkan dlm akhbar, majalah, dsb); berjawab ada jawabnya, berbalas, disahuti: pertanyaannya masih belum ~ lagi; menjawab membalas (surat, pertanyaan, dll), menyahuti: dia tidak ~ sepatah pun; terjawab dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; jawaban, jawapan 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; penjawab orang yg menjawab: sepuluh soal­an yg meminta ~ mengenal jenis-jenis kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wab] | جواب

Definisi : balasan yg diucapkan apabila dipanggil, disoal dll; sahut: Apabila disoal, kamu hendaklah memberikan ~nya. berjawab ada jawabnya; berbalas: Soalan itu tidak ~ kerana ia sudah mula menangis. menjawab membalas pertanyaan (surat dll); menyahut: Ia dpt ~ semua soalan dlm peperiksaan itu. jawapan apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Puisi
 

Kacang legor dari sini,
     Kayu ruak dari seberang;
Nak tegur tak berani,
     Takut tak jawab dia orang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau dipanggil dia menyahut,
     bila dilihat dia bersuara.

Bermaksud :

Jawab yang benar dan tepat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catechismsoal jawabSejarahTiadaPengajaran lisan secara soal jawab biasanya dalam kelas agama dan moral.
question and answersoal jawabKomunikasiKorporatProses komunikasi dua hala antara sumber degan penerima maklumat. Proses ini merupakan amalan asas pelaksanaan komunikasi bersemuka yang membolehkan kedua-dua pihak bersoal jawab bagi menjelaskan kenyataan dan persoalan yang kabut atau tidak mantap. Dalam komunikasi korporat, proses ini boleh berlaku semasa sidang media antara pihak pengurusan atasan dengan pihak media, antara pelanggan dengan pihak syarikat atau organisasi, dalam mesyuarat di peringkat jabatan, dan antara pihak pengurusan atasan dengan khalayak dalaman berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui bersama. Selain menggunakan kaedah rasmi, soal jawab boleh berlaku melalui elektronik atau pertemuan di kaunter pertanyaan.
answerbackjawab balikKomputerTiadaTiada
answerjawab(an),MatematikTiada1. Kuantiti yang memenuhi semua syarat dalam suatu masalah.
answerjawab(an)KesenianTiada2. Jawapan kepada subjek dalam fiug.
answerphonefon jawabSosiologiTiadaMesin yang menjawab dan merakam pesanan telefon.
answering lamplampu jawabKejuruteraanTiadaTiada
answer lamplampu jawabKomputerTiadaTiada
answer modemod jawabKomputerTiadaTiada
school responsibilitytanggung jawab sekolahPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas