Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : jawaban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : 1. jawab, balas(an): sebahagian drpd ~nya dapat kamu teka; 2. sesuatu yg dituliskan sbg penyelesaian atau keputusan terhadap sesuatu soalan atau masalah (terutamanya dlm ujian bertulis): sila berikan ~ yg tepat kpd soalan-soalan yg berikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.pan] | جواڤن

Definisi : apa-apa yg dikatakan (diberikan) utk menjawab; balasan: ~ yg awak berikan itu tidak memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawab
Kata Terbitan : berjawab, menjawab, jawapan,

Peribahasa

Kena pukul di punggung (= di pantat),
     gigi habis tanggal.

Bermaksud :

Sindiran (jawapan) yang tepat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/ Puan. Apakah ejaan yang betul bagi penguat kuasa? Ejaannya dijarakkan atau dirapatkan? Khidmat Nasihat DBP memberikan jawapan yang bercanggah. Mohon pencerahan dan diharapkan dapat disemak semula jawapan-jawapan di Khidmat Nasihat kerana banyak jawapan yang bercanggah. Terima kasih.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah penguat kuasa yang membawa maksud orang (pihak, badan, dan sebagainya) yang menguatkuasakan (undang-undang, dasar, dan sebagainya). 

Ejaan04.12.2020
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih....Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan.Tatabahasa16.07.2020
Saya menjumpai dalam khidmat nasihat DBP, ada jawapan yang mengatakan "sebab" ialah kata nama sahaja. Namun kamus Dewan Perdana memberikan kelas kata Kata Hubung juga untuk "sebab". Bolehkah DBP kemas semula dan padamkan jawapan yang sepatutnya dalam khidmat nasihat kerana ada jawapan-jawapan yang mengelirukan. Semoga terus maju bahasa Melayu!

Terima kasih atas makluman tuan. Pihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

Lain-lain04.06.2023
Salam, Ayat yang manakah betul? (a) Lakar graf pada ruang jawapan atau Lakarkan graf pada ruang jawapan. (b) Gariskan jawapan yang betul atau Garisi jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran kan dan i. Terima kasih.Ayat yang betul:
(a) Lakarkan graf pada ruang jawapan.
(b) Gariskan jawapan yang betul / Garisi jawapan yang betul

Akhiran -kan membentuk kata kerja transitif dan terdapat dua pengertian khusus, iaitu memberi pengertian kausatif (menyebabkan jadi) dan memberi pengertian benefaktif (melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain), manakala akhiran -i juga membentuk kata kerja transitif dalam dua bentuk, iaitu dalam ayat pasif diri pertama dan kedua dan dalam ayat suruhan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 186 - 190.
Tatabahasa22.02.2023
Persoalan tentang penukaran ayat aktif ke ayat pasif Soalan: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong. Jawapan: a. Timun dipotong oleh nenek Azli di atas papan pemotong b. Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. Adakah jawapan-jawapan yang diberikan betul? Sekian, terima kasih.Ayat aktif: Nenek Azli memotong timun di atas papan pemotong.
Ayat pasif: Timun di atas papan pemotong dipotong oleh nenek Azli. 
Tatabahasa19.03.2022
Salam sejahtera. 1) kedua-dua ibu bapa / kedua-dua orang ibu bapa 2) kedua-dua anak / kedua-dua orang anak 3) kedua-dua kucing / kedua-dua ekor kucing 4) kedua-dua kereta / kedua-dua buah kereta Yang manakah betul? Saya nampak jawapan-jawapan yang diberikan oleh DBP tahun-tahun sebelum ini ada perbezaannya. Bolehkah tuan jelaskan kata bilangan "kedua-dua" ini, belakangnya perlukah kita letak penjodoh bilangan?

“Kedua-dua” bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali.

Dalam tatabahasa bahasa Melayu penggunaan penjodoh bilangan digalakkan. Walau bagaimanapun, bukan semua perkataan boleh disertakan dengan penjodoh bilangan.

Contohnya: “Kedua-dua ibu bapa” atau “kedua-dua orang ibu bapa” adalah frasa yang betul dalam bahasa Melayu. Namun begitu, frasa "Kedua-dua orang ibu bapa" ialah bentuk yang lebih gramatis.



Tatabahasa30.10.2022
Pilih ayat tanya yang sesuai berdasarkan jawapan yang diberikan. Jawapan: Jam tangan ini berharga RM50. a)Berapakah jam tangan ini berharga? b)Berapakah harga jam tangan ini? Yang manakah merupakan jawapan yang sesuai dan kenapa?Cadangan jawapan yang betul ialah "Berapakah harga jam tangan ini?". 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Tatabahasa22.05.2023
Salam, ayat yang manakah betul? 1. Tukar/Tukarkan pecahan kepada peratus. 2. Lukis/Lukiskan graf pada ruang jawapan. 3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul. 4. Ramal/Ramalkan isi padu air di dalam bekas. 5. Isi/Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. Boleh terangkan penggunaan imbuhan akhiran-kan? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah:

1. Tukarkan pecahan kepada peratus.
2. Lukiskan graf pada ruang jawapan.
3. Tulis/Tuliskan jawapan yang betul.
4. Ramalkan isi padu air di dalam bekas.
5. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan.  (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan.
Lain-lain20.10.2023
Salam, Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan huruf besar atau kecil selepas tanda soal dalam dialog. Saya cuba mendapatkan penjelasan dalan khidmat nasihat prpm tetapi terdapat dua jawapan yang berbeza. Ada jawapan huruf besar, ada jawapan huruf kecil. Jadi, yang mana satukah jawapan sebenarnya? Cthnya, "Siapakah nama awak?" tanya Ara. T bagi tanya itu huruf besar atau kecil. Dan jika ada rujukan dalam Tatabahasa Dewan atau lain-lain buku, bhgn manakah boleh saya rujuk?

Berdasarkan contoh ayat "Siapakah nama awak?" tanya Ara. Penulisan cakap ajuk dimulai dengan tanda petik pembuka kata dan diakhiri dengan penutup kata (“…“), maka  perkataan "tanya" selepas tanda petik ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 77.  

Ejaan12.08.2022
Salam sejahtera. Minta bantuan tentang susun perkataan menjadi ayat bg murid Tahun 2. 1A Ladang anggur di Malaysia luas. 1B Ladang anggur luas di Malaysia. 2A Pemandangan di ladang teh sungguh indah. 2B Pemandangan sungguh indah di ladang teh. Jawapan A adalah jawapan sebenar mengikut skema jawapan. Adakah jawapan B juga boleh diterima? Terima kasih. Daripada Cikgu SingAyat yang gramatis ialah Ladang anggur di Malaysia luas dan Pemandangan di ladang teh sungguh indah.
Tatabahasa29.10.2015
12345678910...

Kembali ke atas