Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.tan] | جاوتن

Definisi : 1. kedudukan dlm pekerjaan yg menentukan tugas seseorang (spt sbg Ketua Pengarah, Pegawai Penyelidik, Setiausaha, Pengerusi, dsb): dia memegang ~ Ketua Bahagian sejak lima tahun yg lalu; me­letakkan ~; 2. sl tanda atau alat kebesaran; payung ~ payung kebesaran; 3. sl pegawai istana, bentara, sida-sida: baginda dihadapi oleh sekalian ~nya; 4. Id bahagian sesuatu kementerian dll, jabatan; 5. Id segala sesuatu yg berhubungan dgn kerajaan, urusan kerajaan; 6. sl barang yg dipegang (dibawa dll); ~ tera Id jawatan metrologi (yg mengurus pengawasan dan pemeriksaan timbangan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.tan] | جاوتن

Definisi : pangkat atau pekerjaan: Dia telah meletakkan ~nya minggu lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jawat
Kata Terbitan : sejawat, berjawat, menjawat, jawatan, berjawatan, penjawat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
succession planningperancangan pewarisanPengurusanPerancanganSatu proses terancang dalam membuat unjuran dan persediaan pelapis bagi jawatan-jawatan dalam organisasi apabila berlaku kekosongan atau keperluan dari semasa ke semasa. Pihak pengurusan sumber manusia organisasi akan mengenal pasti calon yang sesuai untuk mengisi jawatan tertentu berdasarkan kelayakan, prestasi dan potensi pekerja sedia ada.
staff attritionsusutan pekerjaEkonomiTiadaKehilangan pekerja melalui proses semula jadi, seperti persaraan, peletakan jawatan, jawatan, kesihatan diri atau sebab lain yang seumpamanya.
reinstatementpengembalian jawatanEkonomiTiada1. Pengembalian jawatan: Pekerja yang telah dipecat diambil semula bekerja dengan jawatan dan gaji yang sama seperti sebelumnya.
ex officioex officioSejarahTiadaSesuatu yang bersifat rasmi atau atas nama jawatan rasmi, biasanya jawatan penting yang dipangku atau ditanggung oleh orang lain buat sementara waktu.
named position bondbon jawatan ternamaPentadbiran PerniagaanTiadaBon kesetiaan yang melindungi kerugian disebabkan oleh ketidakjujuran pekerja yang memegang jawatan tertentu dalam sesebuah organisasi. Jawatan berkenaan dicatatkan dalam bon.
account directorpengarah pelangganKomunikasiKorporatJawatan dalam syarikat pengiklanan dan syarikat perhubungan awam. Fungsi jawatan ini adalah untuk menguruskan semua perkhidmatan yang diberikan oleh agensi pengiklanan atau syarikat perhubungan awam yang berkaitan dengan pelanggan. Dalam syarikat pengiklanan, seseorang pengarah pelanggan dipertanggungjawabkan kepada beberapa klien dan beliau perlu memastikan semua aktiviti pengiklanan dipantau dari peringkat awal pengurusan sesuatu iklan hingga ke peringkat akhir pengiklanan, khususnya hal ehwal kewangan, mutu pengiklanan, dan keberkesanan sesuatu iklan. Dalam perhubungan awam, pengarah pelanggan bertanggungjawab memantau segala projek perundingan perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang diberikan kepada klien dari peringkat awal hingga akhir. Bagi sebuah syarikat pengiklanan atau perhubungan awam yang besar, terdapat lebih daripada satu jawatan pengarah pelanggan. Setiap penyandang jawatan mempunyai kepakaran dalam pemasaran sesuatu kumpulan barangan seperti barangan berasaskan industri atau barangan berasaskan perkhidmatan, projek yang berkaitan dengan pengurusan krisis, serta projek lain yang berkaitan dengan aspek promosi, peragaan, dan publisiti. Seseorang pengarah pelanggan yang baik, bukan sahaja dapat mengekalkan klein yang ada malah dapat menambah jumlah klien baru. Jawatan ini sangat penting dalam organisasi pengiklanan dan perhubungan awam kerana dianggap sebagai tunjang menentukan kekuatan syarikat dalam industri komunikasi korporat.
direct electionpemilihan langsungSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki.
منصب القضأjawatan kehakimanAgama IslamFiqhJawatan yang memberi kuasa kepada seseorang untuk membicarakan kes yang dibawa ke mahkamah.
reinstatemengembalikan jawatanSejarahTiadaPerihal melantik semula seseorang ke jawatan lama atau meletakkan seorang raja ke takhtanya semula.
oath of officesumpah jawatanUndang-undangTiadaSumpah yang dilafazkan apabila memegang jawatan baru.
12345678910...

Kembali ke atas