Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : sekumpulan orang yg dilantik atau dipilih utk melaksanakan atau mengurus tugas-tugas tertentu, panitia; ~ ad hoc jawatankuasa khas yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu tanpa perancangan awal; ~ induk jawatankuasa utama yg dibentuk bagi mengendalikan sesebuah majlis atau aktiviti, biasanya dianggotai oleh pengerusi jawatankuasa kecil; ~ kecil jawatankuasa yg dibentuk di bawah jawatankuasa induk utk menjalankan tugas tertentu, biasanya jumlah keanggotaannya kecil; ~ pemandu jawatan­kuasa yg berfungsi menentukan tertib ke­giatan tertentu serta mengawasi arah per­jalanannya agar mencapai matlamat yg di­kehendaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.wa.tan.kua.sa] | جاوتنکواس

Definisi : beberapa orang yg dilantik atau yg dipilih utk mengurus sesuatu (dlm persatuan dsb); panitia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawatankuasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAWATANKUASA KESELURUHAN UMUM 
JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN

JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN, jawatankuasa yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa. Jawatankuasa ini diwujudkan oleh Persidangan Majlis Raja-raja yang diadakan pada 1 Julai 1968, yang telah memutuskan penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Majlis tersebut merupakan sebuah badan kebangsaan bagi menyelaras kerja, kegiatan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Malaysia.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA

JAWATANKUASA TETAP BAHASA MALAYSIA, badan bahasa yang berkuasa penuh dalam hal kebahasaan yang meliputi ejaan, istilah dan tatabahasa di Malaysia. Jawatankuasa tetap Bahasa Malaysia (JKTBM) ditubuhkan pada 23 Disember 1972 untuk melaksanakan penyataan bersama Malaysia-Indonesia yang ditandatangani pada 23 Mei 1972.

BAHASAInstitusi/Organisasi
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai ‘satu kerjasama politik dan ekonomi’ antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA

JAWATANKUASA BAHASA MELAYU SINGAPURA, badan bahasa yang pada mulanya ditubuhkan dengan nama Jawatankuasa Ejaan pada bulan April 1981 di bawah Kementerian Kebudayaan. Antara bidang tugas Jawatankuasa Ejaan ini termasuklah membakukan ejaan bahasa Melayu di Singapura.

           

BAHASAInstitusi/Organisasi
LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB

LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB, laporan Jawatankuasa Pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul rahman Talib, Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan jawatankuasa Pendidikan 1956. Jawatankuasa ini mencadangkan supaya diadakan satu jawatankuasa lain untuk meninjau semula cadangan-cadangan yang telah dikemukakan. Tugas utama Jawatankuasa Abdul rahman Talib adalah untuk mengkaji pelaksanaan cadangan Jawatankuasa Pendidikan 1956 yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan, iaitu menimbangkan implikasi dari segi kepentingan negara dan kewangan termasuk mengenai pengenalan pendidikan  percuma pada peringkat sekolah rendah. Laporan Jawatankuasa Abdul rahman Talib juga dikenal sebagai Laporan Jawatankuasa Penyemak Pendidikan 1960.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
POLITBURO

Politburo ialah biro politik Jawatankuasa Pusat

yang mengawal Parti Komunis Kesatuan Soviet dari

tahun 1919 hingga tahun 1991. Sebelum tahun 1990,

Politburo mengandungi anggota Parti Komunis yang

paling berkuasa, dan keputusan penting dalam

kerajaan Soviet memerlukan kelulusannya.

UMUM 
LAPORAN KABINETLAPORAN KABINET, laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran. Jawatankuasa ini mengemukakan laporannya kepada kerajaan Malaysia pada 7 November 1979.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
SARAGAT, GIUSEPPE

Saragat, Giuseppe (1898–1988), presiden

Itali dari tahun 1964 hingga tahun 1971. Saragat

menjadi ahli Parti Sosialis pada tahun 1922, dan

ahli jawatankuasa eksekutif pada tahun 1925. Dia

mewakili Parti Sosialis dalam kabinet yang dibentuk

pada tahun 1944. Pada tahun 1946, dia menjadi

presiden Dewan Perundangan yang menggubal

perlembagaan baru. Saragat meninggalkan Parti

Sosialis pada tahun 1947 dan membentuk partinya

sendiri yang kemudiannya menjadi Parti Demokratik

Sosialis. Saragat lahir dan mendapat pendidikan di

Turin.

UMUM 
12345

Kembali ke atas