Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ ber­khatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; masuk ~ berkhatan; bersunat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : Melayu. ~ peranakan peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. menjawikan 1 menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu. 2 menulis dgn huruf Jawi. penjawian perbuatan atau proses mengalih atau mengubah sesuatu makalah, buku dsb ke dlm tulisan Jawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawi

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi makan,
     dimamah dulu baru ditelan.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru penggunaan ejaan jawi dbp semasa kerana ianya mempunyai perubahan dengan ejaan jawi lama, adakah ejaan jawi dbp ini diubah suai dari ejaanjawi lama atau ianyamempunyai kaedah tertentu bagi ejaan jawi untuk digunakan pada masa kini sebagai contoh dalam pengajaran .

Asas yang digunakan untuk Sistem Ejaan Jawi Terkini ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang bukunya diterbitkan pada tahun 1949 setelah usaha pengumpulan data yang dilakukan oleh Za'ba bermula pada tahun 1918.  Beberapa penambahbaikan telah dilakukan bagi mengatasi kekurangan, kekeliruan dan ketidakselarasan. Semua proses tersebut melalui jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasil dapatan/kajian JK tersebut telah dibentangkan dalam Konvensyen Jawi Kebangsaan pada tahun 1983. Sistem ejaan Jawi itu digelar Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan dan sistem inilah yang digunakan sehingga sekarang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini.

Lain-lain19.11.2008
Akhbar Jawi... Terbaru, JCorp telah membuat satu tindakan yang proaktif dengan menaja akhbar Jawi di Johor. Isu memartabatkan Jawi ini amat mendukacitakan apabila sisipan akhbar Jawi seminggu sekali pada setiap Isnin di akhbar Utusan Malaysia telah diberhentikan. Jawi semakin dilupakan dan tidak mempunyai wawasan. Kita ingin sangat melihat akhbar Jawi yang sentiasa dicetak setiap hari, seperti akhbar Cina. Kemudian baru galakkan syarikat menaja untuk Sekolah, Universiti, Kolej. DBP mungkin boleh jadi pencetus bagi pencetakan Jawi di Malaysia. Sediakan laman web DBP khas dalam Jawi sahaja. Pemasaran melalui media, terutama Internet, lama sosial untuk menggalakkan masyarakat membaca Jawi mesti diperluaskan. Harapan saya supaya Jawi menjadi agenda utama dalam Parlimen dan sentiasa dibuat penambahbaikan dari tahun ke tahun. BADRULZAMANTerima kasih atas maklumat yang diberikan. Cadangan tuan untuk memperkasakan tulisan Jawi amat kami hargai dan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Semoga kerjasama antara DBP dengan badan-badan kerajaan, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat dapat menyemarakkan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda hari ini.Tatabahasa16.02.2015
mengapakah ejaan jawi sentiasa berubah? kenapa konsep homograf di gunakan di dalam jawi? bukankah ia boleh dibaca mengikut konteks ayat, seperti "كامڤوڠ " dan "كمڤوڠ ". penggunaan jawi lama masih banyak digunakan di sekolah pondok dan juga kitab-kitab jawi turath. Adakah penggunaan jawi lama salah?Kami mengambil maklum berkaitan dengan pertanyaan tuan dan akan menghubungi tuan melalui e-mel dalam masa yang terdekat untuk penerangan yang lebih jelas.Ejaan31.10.2023
Yang mana satu betul: JAKIM atau Jakim, JAWI atau Jawi (Jab. Agama Islam Wilayah Persekutuan). Minta beri penjelasan. Terima kasih.Kata akronim hendaklah dieja menggunakan huruf besar kerana  hurufnya diambil daripada huruf pertama nama asal atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan, misalnya JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAWI - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan atau MARA - Majlis Amanah Rakyat.Ejaan17.06.2008
Assalamualaikum, Mohon pencerahan tentang tulisan Jawi, saya ingin mengetahui tentang ejaan terkini perkataan Jawi yang sebenar dan buku apa saya perlu rujuk? Keduanya saya ingin tahu berapakah bilangan huruf Jawi adakah ta marbutah dan ye (ya tiada titik) termasuk dalam huruf-huruf Jawi? Sekian, terima kasih.Waalaikumussalam.
Puan boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua terbitan DBP untuk mengetahui ejaan Jawi terkini.
 Terdapat sebanyak 37 huruf Jawi bentuk tunggal Jawi termasuk ta marbutah dan ya tanpa titik.
Lain-lain24.08.2016
Nur Fatimah Mohd Noor SAB 9.03 PTG Assalamualaikum.saya ingin bertanya..pihak DBP ada tak mengeluarkan kamus daftar kata jawi.. Ejaan jawi terkini.. klo ada..di manakah saya boleh dapatkan kamus tersebut?Untuk membuat rujukan berkaitan ejaan jawi, Puan boleh dapatkan buku "Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2016.Lain-lain13.06.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ingin bertanya, adakah di bahagian Daftar Rumi-Jawi (Beta) menggunakan ejaan Jawi baharu lagi daripada kamus daftar kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi kedua kerana ada sesetengah ejaan sesuatu perkataan tidak sama. Sila rujuk lampiran yang dilampirkan. Sekian, terima kasihDaftar Rumi-Jawi (Beta) ialah salinan lembut buku Daftara Kata Bahasa Melayu (Rumi - Sebutan - Jawi) Edisi Kedua untuk paparan PRPM. Sepatutnya ejaan dalam kedua-dua bentuk salinan adalah sama, namun mungkin berlaku kesilapan sewaktu pemindahan data daripada buku kepada maya. Lain-lain26.08.2015
Boleh kami dapatkan sebutharga untuk semakan tulisan JAWI?

Untuk makluman tuan, pihak DBP tidak membuat semakan dokumen dalam tulisan Jawi. Ejaan Jawi boleh disemak melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Namun jika perkataan tersebut tiada, tuan boleh bertanya melalui Khidmat Nasihat DBP atau untuk pertanyaan yang ringkas tuan boleh menelefon nombor berikut 03-21479100/9200.  Untuk penerangan lanjut, tuan boleh menghubungi nombor berikut 03-21479691.

Lain-lain13.12.2023
Assalamualaikum, saya nak buat pertanyaan berkaitan terjemahan rumi kepada jawi. Di mana saya boleh merujuk dengan mudah berkaitan perkara tersebut?Adakah laman e-jawi converter yang saya temui di internet boleh dijadikan rujukan? terima kasih wassalam.Untuk makluman saudara, DBP menerbitkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi- Sebutan - Jawi sebagai panduan penulisan Jawi. Jika e-jawi converter mengguna pakai Sistem Ejaan Jawi terbaharu, maka bolehlah menulis Jawi dengan betul. Lain-lain12.05.2011
Salam sejahtera, Saya ada beberapa soalan tentang perkembangan tulisan jawi di negara ini. 1-Bagaimana pihak DBP berperanan dalam mengekalkan warisan ini. 2-Bagaimana sambutan para pelajar terhadap tulisan jawi pada masakini. 3-Apakah kelebihan lain menguasai tulisan jawi selain daripada menguasai asas bahasa arab dan memantapkan amalan fardhu ain. Sekian, terima kasih.

1- Pengeluaran buku teks Jawi, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, penganjuran ceramah Jawi, penyelidikan tentang Jawi, dll. Usaha memartabatkan semula tulisan Jawi sekarang ini sebenarnya bermula daripada usaha DBP.

2- Pelajar sekarang semakin celik Jawi terutama pelajar sekolah rendah selepas J-Qaf diperkenalkan.

3- Sekiranya anda mahir dalam seni khat anda boleh manfaatkan bakat anda itu untuk menjana pendapatan sampingan anda.

Lain-lain30.10.2008
12345678910...

Kembali ke atas