Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : akronim bagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ ber­khatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; masuk ~ berkhatan; bersunat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : Melayu. ~ peranakan peranakan orang Melayu dgn orang Arab atau dgn orang India. huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu. menjawikan 1 menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu. 2 menulis dgn huruf Jawi. penjawian perbuatan atau proses mengalih atau mengubah sesuatu makalah, buku dsb ke dlm tulisan Jawi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawi

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi makan,
     dimamah dulu baru ditelan.

Bermaksud :

Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Bahasa

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUTajuk : Perancangan Bahasa: Sejarah Aksara Jawi Penulis : Amat Juhari Moain Tahun terbit : 1996 Halaman : 179 Abstrak : Kajian ini telah menelusuri sejarah mula penggunaan tulisan, khususnya tulisan Jawi di rantau Asia Tenggara. Bidang kajian ini ditumpukan kepada sejarah Jawi yang berasal daripada tulisan Arab yang mula-mula ditemui di alam Melayu, iaitu yang terdapat pada batu nisan Syeikh D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Perancangan Bahasa Sejarah Aksara-Jawi.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=10&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=7&hits=6+1b+26+50+62+71+89+
D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdfSIRI MONOGRAF SEJARAH BAHASA MELAYUMelayu merupakan hasil kajian Projek Penyusunan dan Penulisan Sejarah Bahasa Melayu yang mula digerakkan pada tahun 1988. Buku ini memberikan gambaran dan sejarah tentang pelbagai sistem tulisan iaitu, Pallava, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu dari dulu hingga kini. Dapatan kajian diperoleh daripada hasil kajian yang dibuat berdasarkan tinggalan sejarah dalam bentuk paleografi dan juga epigrafi. Buku ini D:\IndexDocument\idxDomBahasa\Epigrafi Melayu Sejarah Sistem-Tulisan.pdf#xml=http://prpm.dbp.gov.my:28090/PdfHighlighter.aspx?DocId=8&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cidxDomBahasa&HitCount=1&hits=38+

Kembali ke atas