Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lembu, sapi; anak ~ Mn anak laki-laki yg dikasihi; bagai ~ belang puntung, didahulukan ia menyepak, dikemudiankan ia menanduk prb dikiaskan kpd orang bodoh yg tidak dapat dibawa berunding; bagai ~ makan, dimamah dahulu baru ditelan prb sebelum melakukan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu di­tim­bangkan dan dirundingkan; bagai ~ terkurung siang prb orang yg tidak dapat bertindak sesuka hatinya kerana terkongkong oleh adat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jawi I

Puisi
 

Melenguh jawi belang untung,
     Tiap ke sawah orang bajakkan;
Menangis nan buruk untung,
     Tiap menjelang ke mana orang tidakkan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai jawi terkurung siang.

Bermaksud :

Sangat gelisah kerana tidak bebas.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jawihuruf jawiKesusasteraanTiadaHuruf Melayu yang dipinjam dari aksara Arab dan Parsi.
Keris BertulisKeris BertulisKerisTiadaKeris yang diterap dengan tulisan Jawi pada kedua-dua belah bahagian mata.
handschriftnaskhahKesusasteraanTiada1. Hasil karya tulisan tangan. Contoh: naskhah-naskhah yang bertulisan jawi dalam kesusasteraan melayu klasik.
bicharacter (stamp)dwiaksara (setem)Pentadbiran PerniagaanTiadaSetem yang mengandung dua jenis tulisan misalnya tulisan jawi dan rumi.
naskhah(Ar.)naskhahKesusasteraanTiada1. Hasil karya tulisan tangan. Contoh: naskhah-naskhah yang bertulisan jawi dalam kesusasteraan Melayu klasik.
unsur kaligrafiunsur kaligrafiKesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk huruf Arab, ayat al-Quran, tulisan Jawi dan sebagainya.
script/scriptiotulisanKesusasteraanTiadaTulisan tangan yang digunakan untuk menulis atau menyalin sesebuah teks. Contoh: tulisan jawi untuk teks-teks lama Melayu dan tulisan Jawa ha, na, ca, ra, ka, untuk teks-teks Jawa.
khat(Baj., Sam.)khat(Baj., Sam.)KesenianTiadaUnsur yang mengambil bentuk huruf Arab, ayat al-Quran, tulisan jawi dan sebagainya.
calligrapherahli kaligrafiKesusasteraanTiadaSeseorang yang mahir dan mendalam dalam bidang tulisan tangan yang tinggi mutu seninya. Contoh: seni khat Arab, seni khat Jawi, seni khat Jawa dll.
UnicodeUnikodTeknologi MaklumatTiadaSet aksara fon yang dikod dengan 16 bit dan boleh mewakili sebanyak 65,536 (216) aksara. Set ini sesuai untuk mewakili hampir semua simbol tulisan dalam dunia seperti tulisan jawi, Jepun, Korea atau China. Banding set aksara bait tunggal.
12

Kembali ke atas