Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan SejarahEjaan yang betul ialah Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah.Ejaan06.06.2012
Sekadar bertanya, 1. Kenapa nama tempat Cyberjaya dan Putrajaya dicantum ? 2. Kenapa nama tempat Subang Jaya dan Petaling Jaya tidak dicantum macam contoh di atas ?Dari segi ejaan, Cyberjaya dan Putrajaya sepatutnya dieja sebagai dua perkataan. Walau bagaimanapun, penamaan dan ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri /pihak berkuasa tempatan masing-masing.Istilah30.05.2010
Ejaan yang mana betul? 1) bendahari Persatuan Sains atau Bendahari Persatuan Sains 2) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 3) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan Sejarah 4) kepada tuhan kita memohon doa atau kepada Tuhan kita memohon doaEjaan yang betul ialah  Bendahari Persatuan Sains, Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah. Apabila merujuk kepada Allah, Tuhan dieja dengan huruf besar.Ejaan06.06.2012
Ayat 1. " Ini adalah stesen pertukaran untuk LRT Laluan Kelana Jaya." Ayat 2. " Ini adalah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya".

Ayat yang betul:

Ini ialah stesen pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya.
Tatabahasa11.11.2021
Adakah perkataan "No. Syarikat" perlu diletakkan atau tidak? Contoh 1 :- DIMILIKI OLEH : SYARIKAT MAJU JAYA (NO. SYARIKAT: 1234X) Contoh 2: DIMILIKI OLEH : SYARIKAT MAJU JAYA (1234X)Kedua-duanya boleh digunakan. Sila rujuk format yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lain-lain21.05.2020
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasihPadanan 1 dan 2 sesuai.
3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya
4.  Pusat Servis Perodua 1 Klang
5.  Pusat Servis Perodua 2 Klang 
Lain-lain24.11.2015
Selamat sejahtera........ Bolehkah saya tanya beberapa soalan mengenai tatabahasa ? 1. I Kampung Jaya landa banjir sejak pagi semalam. II Filem seram itu mereka tonton. III Pokok bunga itu kakak siram. Ayat manakah yang betul ? 2. Bapa membeli sebuah kereta baru? atau Bapa membeli sebuah kereta baharu? Terima kasih..........1. Ayat kedua dan ketiga betul.
2. Kedua-dua ayat tersebut juga betul kerana baru dan baharu sama maknanya dan diterima sebagai terjemahan new.
Tatabahasa06.03.2012
salam, 1. bagaimanakah untuk saya menghubungi penulis-penulis seperti A. samad Said, Zaharah Zawawi dan Jamilah Alias?

Waalaikumusalam wbk. Alamat perhubungan bagi tiga orang penulis yang diperlukan iaitu:

1.   SN Datuk A. Samad Said, Lot 4-9-6, Pangsapuri Bangsar Utama, 59100 Kuala Lumpur.

2.   Zaharah Nawawi, No. 53, Jalan USJ 4/1F, UEP, Subang Jaya, 47600 Petaling Jaya, Selangor D/Ehsan.

      Alamat e-mel beliau ialah nemoku@tm.net.my.  

3.  Jamilah Alias, No 8 - 3C, KM 1, Jalan Simpang 3, 45800 Jeram, Selangor D/Ehsan.

Dalam hal ini, pada kebiasaannya no telefon penulis di atas tidak dapat disertakan kerana tidak mendapat keizinan daripada penulis tersebut.

 Sekian, teima kasih dan wassalam.

Lain-lain26.06.2010
ini untuk 1. signboard 2. side light box kedai roti untuk lesen majlis perbandaran subang jayaUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain10.11.2016
Assalamualaikum. Yang manakah perkataan yang tepat? 1. Bergraduat atau Bergraduasi 2. Prajaya atau Pra Jaya

1.    1. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduat dan graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Perdana.

2.     2. Prajaya


Tatabahasa13.10.2021
123

Kembali ke atas