Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jéd] | جيد

Definisi : (jéd) sj batu bernilai, biasanya berwarna hijau, yg dijadikan barang hiasan dan barang kemas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jéd] | جيد

Definisi : /jéd/ sj batu berwarna hijau yg dpt diukir utk dijadikan perhiasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jed


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JED UMUM 
TIKI

Tiki ialah sejenis loket Maori berbentuk tubuh

manusia yang dipakai di leher (lihat Maori ). Tangan

pada ukiran tersebut mempunyai tiga jari dan

kakinya terlipat di bawah badan. Orang Maori

gemar menggunakan batu jed untuk membuat tiki

dan tiki jed ini dikenali sebagai heitiki . Kebanyakan

tiki berbentuk orang perempuan, walaupun loket

tersebut ada kaitan dengan watak mitos, yang juga

dikenali sebagai Tiki, yang dipercayai adalah lelaki

yang pertama.

UMUM 
SUZHOU

Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar

purba di China, terkenal dengan terusan air, taman

bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja

Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan

pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara

Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik).

Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia

dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou

mengukir batu jed dan menenun sutera.

UMUM 
SURAH AL-IKHLAS

Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas

(ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran

iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan

bahawa golongan musyrikin datang bertemu

Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai

Muhammad, gambarkan kepada kami tentang

Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun

perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka

turunlah ayat yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu

Maha Esa. Allah tempat bergantung”.

(Surah al-Ikhlas 112:1–2)

UMUM 

Kembali ke atas