Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja/] | ججق

Definisi : jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir se­imbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (per­buatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu meng­hasil­kan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : Jk 1. lurus, tegak (tidak condong); 2. teratur baik, tetap (tidak berubah-ubah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja/] | ججق

Definisi : 1 bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2 hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3 ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejak (kata nama)
Bersinonim dengan bekas, kesan, denai, alur, runut, selarung;,
Kata Terbitan : berjejak, menjejak, menjejaki,

Peribahasa

Jejak dapat dihilangkan,
     belang bagaimana hendak dihilangkan?

Bermaksud :

Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
trackn 1. series of marks left by, a. (person, animal) jejak, /bekas, tapak/ kaki, runut: they followed the ~ of the lion, mereka mengikuti jejak-jejak singa itu; he tried to cover his ~s by sweeping the dust with the branch of a tree, dia mencuba menyembunyikan jejak-jejaknya dgn menyapu jejak-jejak itu dgn ranting pokok; b. (vehicle) bekas, runut: there were fresh wheel ~s in the mud, ada bekas tayar yg baru pd lumpur itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
criss-crossvi silang-menyilang: the lines of soldiers ~ed over the barrack square, barisan askar silang-menyilang di tanah lapang berek; footprints ~ed in the snow, jejak-jejak kaki silang-menyilang di atas salji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trackern pengesan /jejak, runut/: aborigines are skilled ~s, orang asli ialah pengesan jejak yg mahir; alsatians are used as ~ dogs, anjing alsatia digunakan sbg anjing pengesan jejak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trail2. track or scent followed in hunting, jejak: the dogs lost the ~ at the river, anjing-anjing itu kehilangan jejak di sungai; they followed the ~ of the wounded beast to its lair, mereka mengikut jejak binatang yg cedera itu hingga ke sarangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
footstepn 1. footfall, bunyi /tapak kaki, orang berjalan/; 2. footmark, /bekas, kesan/ tapak kaki, jejak; /follow, tread/in so’s ~s, mengikut jejak (langkah) sso: he is following in his father’s ~s, dia mengikut jejak bapanya; 3. distance covered by one step, tapak: he walked three ~s behind the guide, dia berjalan tiga tapak di belakang pemandu itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scenton the ~, a. dapat /mengesan jejak, menjejak/: the dogs were soon on the ~ of the escapees, anjing-anjing itu tdk lama kemudian dapat mengesan jejak orang-orang yg melarikan diri itu; b. (fig.) dapat mengesan: the journalist was on the ~ of a good story, wartawan itu telah mengesan cerita yg menarik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emulatevt 1. attempt to equal or excel, mengikut (jejak): he is determined to ~ the successful writer, dia berazam hendak mengikut jejak penulis yg berjaya itu; 2. rival, compete with, menyaingi, menandingi: some fashion designers try to ~ those of Paris, setengah-setengah pereka fesyen mencuba menyaingi pereka-pereka fesyen di Paris.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emulousadj 1. designing, aiming to equal others, suka mengikut jejak: boys ~ of their fathers, anak-anak lelaki yg suka mengikut jejak bapa mereka; 2. characterized by spirit of rivalry, bersaing(an), bertanding: ~ of fame, bersaing utk memperoleh kemasyhuran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
emulationn 1. attempting to equal or excel, mengikut jejak: he went into politics in ~ of his brother, dia memasuki politik mengikut jejak abangnya; 2. rivalry, persaingan, pertandingan: the spirit of ~ enters into the majority of games, semangat persaingan dapat dirasakan dlm sebilangan besar perlawanan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
throw~ so. off the track, membuat sso tdk lagi dapat mengikuti jejak: they threw the police off the track by changing cars twice, mereka membuat polis tdk dapat mengikuti jejak mereka dgn menukar kereta dua kali;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123

Kembali ke atas