Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.jam.bat] | ججمبت

Definisi : jalan raya yg dibina merentasi atau melangkaui sebatang jalan lain spt jambatan: ~ yg merentangi jalan kereta api itu penuh sesak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.jam.bat] | ججمبت

Definisi : jambatan jalan raya atau jalan kereta api yg dibina melintasi lurah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jejambat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JEJAMBAT UMUM 
TEROWONG LÖTSCHBERG

Terowong Lötschberg ialah terowong

landasan kereta api yang menembusi Bernese Alps

di selatan tengah Switzerland berdekatan dengan

Jungfrau (lihat Switzerland [peta]). Terowong ini

yang dibuka pada tahun 1913, berukuran 14.6

kilometer panjang. Ia sebahagian daripada

landasan kereta api Swiss Lötschberg, yang

sepanjang 74 kilometer dan menghubungkan Spiez

dan Brigue. Sebelum landasan ini sampai di

Kandersteg, iaitu jalan masuk ke terowong ini di

sebelah utara, ia menyeberangi banyak jambatan

dan jejambat dan melalui 38 terowong. Di

Göppenstein, iaitu hujung terowong ini di sebelah

selatan, landasan tersebut menurun ke Rhône

Valley, dan dari situ ia bersambung dengan

Terowong Simplon yang menghala ke utara Itali.

UMUM 

Kembali ke atas