Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ja.rum] | ججاروم

Definisi : = ~ merah sj tumbuhan (pokok), jarum-jarum merah, Ixora concinna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ja.rum] | ججاروم

Definisi : ~ merah sj tum­buhan (pokok), jejarum merah, menjarum merah, siantan hutan, Ixora concinna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jejarum


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YEW

Yew ialah nama bagi sekumpulan pokok dan

pokok renek malar hijau. Daun yew adalah

jejarum leper, runcing, berwarna hijau tua di atas

dan berwarna hijau pucat di bawah.

UMUM 
PAIN

Pain adalah mana-mana satu daripada sekumpulan

besar pokok malar hijau yang mempunyai daun

jejarum dan mengeluarkan kon. Terdapat kira-kira

100 spesies pain. Hampir kesemuanya tumbuh secara

semula jadi hanya di Hemisfera Utara. Pain terdapat

dalam pelbagai persekitaran, tetapi ia paling kerap

tumbuh di tanah berpasir atau berbatu. Pain biasa

terdapat di pergunungan di barat dan tenggara

Amerika Utara, selatan Eropah, dan tenggara Asia.

Sesetengah pain tumbuh sehingga kira-kira 60 meter

tingginya. Yang lain adalah kecil bak pokok renek.

UMUM 
KUPU-KUPU GIPSI

Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili

kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok

hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika

Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan

daun pokok daun lebar dan daun jejarum.

Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh

menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh

mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun

lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam

beberapa tahun berturut-turut. Beluncas

kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya

pokok oak.

UMUM 
AILANTUS

Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di

bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat

ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus

mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang

licin dan mengeluarkan buah berwarna perang

kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat

sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari

China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara

lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan

pokok berdaun jejarum (gambar)).

UMUM 
POKOK DAUN LURUH

Pokok daun luruh ialah nama bagi mana-mana

pokok yang daunnya luruh pada masa tertentu

setiap tahun dan kemudian tumbuh daun baru. Di

kawasan sederhana di utara, kebanyakan pokok

daun luruh gugur daunnya pada musim luruh.

Ranting dan dahan akan tinggal gondol sepanjang

musim sejuk. Pada musim bunga berikutnya,

tumbuh daun baru berwarna hijau pada pokok.

Sebelum daun mati, bahan makanan yang

terkandung dalam daun diserapkan semula kepada

ranting dan dahan. Di situ, ia disimpan dan

digunakan pada musim bunga berikutnya. Pokok

daun luruh biasanya mempunyai daun yang lebar.

Pokok demikian termasuk ash, bic, birch, mapel

dan oak. Pokok larch adalah pokok daun luruh

yang biasa yang mempunyai daun jejarum.

UMUM 

Kembali ke atas