Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jé.la] | جيلا

Definisi : (jéla); berjela, berjela-jela tergantung terayun-ayun, berjuntai-juntai: janggutnya ~ sampai ke tanah; ~ panjang panjang me­liuk-liuk; terjela 1. terjuntai-juntai, terayun-ayun; 2. terbaring di tanah (spt mayat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jé.la] | جيلا

Definisi : /jéla/ berjela 1 bergantung terjuntai-juntai: Tirai manik ~-jela di muka pintu biliknya. 2 terlalu panjang; berleret-leret: Karangannya ~ tanpa isi. terjela 1 terjuntai-juntai. 2 terbaring atau terbujur spt mayat di tanah dsb: Mayat askar itu ~ di halaman rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jela
Kata Terbitan : berjela, berjela-jela, terjela,

Peribahasa

Empat gasal,
     lima genap;
dikendur berdentang-dentang,
     ditegang berjela-jela.

Bermaksud :

Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya. gasal = ganjil.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Batang rambat berjela-jela, Apatah lagi batang keladi; Sedang terlambat bagaikan gila, Apatah lagi kahwin tak jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa digulai orangdi ladang, Pucuk kacang jela-berjela; Apakah Tenggang anak dagang, Hari petang jenjang orang hela.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Bagaimana benang takkan kusut, Bila dibiarkan berjela-jela; Bagaimana orang tak merungut, Bila dituakan awak mencela.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mengayuh jong di pagi Jumaat, Tali kemudinya jela-berjela; Sungguh agung Nabi Muhammad, Budi pekertinya tiada tercela.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama pasu berantai tali, Banyaklah gelang berjela-jela; Selama si bisu pandai bernyanyi, Banyaklah orang tergila-gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau memanggang bersela-sela, Kalau menjemur kering-kering; Kalau tegang berjela-jela, Kalau kendur berdenting-denting.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas