Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.lai] | جلاي

Definisi : sj tumbuhan (bijinya keras dibuat tasbih dll), Coix lachrymajobi; ® enjelai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.lai] | جلاي

Definisi : sj jem drpd buah-buahan (dimakan dgn roti dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jelai

Puisi
 

Tetak galah mudik ke Jelai,
     Batang pinang dalam perahu;
Apa salah kita bercerai,
     Sementara tunang belum tahu.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JELAI

JELAI, kawasan yang pernah dikuasai oleh Maharaja Perba Jelai, seorang pembesar Pahang yang termasyhur. Jelai terletak di utara Sungai Pahang, yang mana Sungai Jelai ialah sungai yang penting sekali sebelum kedatangan British ke Pahang. Jelai berada di bawah pemerintahan Bendahara Ali dibantu oleh Orang Kaya Indera Maharaja Perda Jelai. Maharaja Perda Jelai membantu Bendahara Ali untuk memerintah negerinya dengan aman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
MAHARAJA PERBA JELAI

MAHARAJA PERBA JELAI (? - ?), pemerintah Jelai, dalam kerajaan Melayu Pahang. Nama sebenarnya ialah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, atau lebih dikenal dengan panggilan Tuk Raja. Daerah kekuasaannya meliputi Tanjung Lindung di hilir, berhampiran dengan Jerantut hingga ke sempadan Perak dan hulu Kelantan di bahagian hulu. Daerah ini telah dibeli olehnya daripada Sultan Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN MUHAMMAD WAN IDRISWAN MUHAMMAD WAN IDRIS (1825-1919), pembesar dalam kerajaan Pahang. Dia lahir di Bukit Kota, Pahang.  Wan Muhammad telah dilantik oleh Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad sebagai orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang keenam (Tun Raja) pada tahun 1882, menggantikan ayahnya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris bin Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad.  Dia adalah anak sultan daripada empat orang adik-beradik.  Ibunya ialah isteri kedua Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN IDRIS WAN MUHAMMADWAN IDRIS WAN MUHAMMAD (1790-an-1882), pembesar dalam kerajaan Pahang.  Dia lahir di Bukit Kota, Pahang. Wan Idris telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang kelima (Tuk Raja) menggantikan bapanya, Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad I.  Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ialah gelaran bagi jawatan Orang Besar Berempat yang terkanan dan paling berpengaruh dalam sistem hierarki kerajaan Melayu Pahang, selain daripada Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan orang Kaya Indera Syahbandar. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JEMPOL

JEMPOL, luak pentadbiran tanah mengandung dalam sistem tradisional Negeri Sembilan. Jempol tidak mempunyai Undang dan diperintah terus oleh Yamtuan Besar.  Jempol dibahagikan kepada lima mukim iaitu Rompin, Serting Hilir, Jelai, Serting Hulu dan Kuala Jempol. Pusat pentadbiran daerah ialah Bandar Baru Serting.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
JAWA DWIPA

JAWA DWIPA, berasal daripada perkataan Sanskrit Yawadwipa yang bermaksud pulau atau semenanjung Yawa. Sebahagian besar sejarawan bersetuju bahawa Yawadwipa ini ialah Pulau Jawa. Ada juga pendapat bahawa Yawadwipa dan Jawadwipa ialah dua tempat yang berlainan. Mengikut K.R. Halla, Yawadwipa terletak di lembah Sungai Jelai di bahagian barat daya Pulau Borneo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas