Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : ; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik; penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amund­sen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : Mn; menjelajahkan mene­rang­kan, menghuraikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.la.jah] | جلاجه

Definisi : ; menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelajah
Kata Terbitan : menjelajah, menjelajahi, penjelajahan, penjelajah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jelajah; menjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara: Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk pelancong dsb; mengembarai: Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1 orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2 = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jelajah IIMn; menjelajahkan mene­rang­kan, menghuraikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
jelajah I; menjelajah pergi berjalan ke merata-rata tempat (utk menyelidik dll); menjelajahi mengelilingi (atau berjalan ke merata-rata tempat dll) sesuatu daerah dll (utk menyelidiki dll), menjajah: mereka telah ~ seluruh semenanjung negeri Arab; sejak manusia berjaya menaiki roket mendarat di bulan, usaha-usaha utk ~ angkasa lepas telah dipertingkatkan; penjelajahan perihal menjelajahi: inilah pertama kalinya kapal terbang digunakan utk ~ di bahagian Artik; penjelajah 1. orang yg menjelajah: Amund­sen ialah seorang ~ kutub bangsa Norway; 2. = kapal ~ sj kapal perang yg tidak begitu besar tetapi laju.Kamus Dewan Edisi Keempat
jelajahmenjelajah pergi mengelilingi sesuatu tempat (utk menyelidik, makan angin dll); melancong; mengembara:Ia telah ~ ke seluruh benua Asia. menjelajahi mengunjungi sesuatu tempat utk melancong dsb; mengembarai:Kami ingin ~ tempat yg bersejarah. penjelajahan perbuatan menjelajah atau menjelajahi. penjelajah 1. orang yg menjelajah atau menjelajahi sesuatu tempat; pelancong; pengembara. 2. = kapal ~ sj kapal perang yg sederhana besarnya tetapi laju.Kamus Pelajar
kawalan jelajah(cruise control)Kemudahan dalam atur cara untuk membantu pengguna menyelak dan meneliti dokumen yang besar atau rekod yang banyak dengan mudah, tanpa banyak menaip.Kamus Komputer
merapah1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll): mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2. ark pergi ke mana-mana, men­jelajah, mengembara: beberapa bulan lama­nya sudah ia ~; 3. ark membuang (men­cabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai dirapah.Kamus Dewan Edisi Keempat
rapah; merapah 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll): mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2. ark pergi ke mana-mana, men­jelajah, mengembara: beberapa bulan lama­nya sudah ia ~; 3. ark membuang (men­cabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai dirapah.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas