Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jelas (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,

Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, saya ingin mohon bantuan tentang istilah dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama ini dengan jelas. 1) hamba 2) tuan hamba Kalau boleh, saya ingin mendapat beberapa ayat contoh supaya mendapat gambaran yang lagi jelas. Sekian, terima kasih.Hamba bermaksud saya, iaitu kata ganti diri pertama, manakala tuan hamba ialah kata sastera lama yang bermaksud tuan, iaitu kata ganti nama diri kedua. Contohnya: Hamba mendapat khabar tuan hamba ingin berdagang ke Riau.Tatabahasa17.08.2011
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya?Selamat petang:

Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.  Sekian.
Tokoh10.12.2016
Salam. Saya nak tahu tentang cara guna awalan "me(n-)" dengan betul kerana panduan yang saya ada tidak begitu jelas. 1. Dia menolak meja ke tepi. 2. Dia tolak meja ke tepi. Mana satu betul? Atau dua-dua pun betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia menolak meja ke tepi.

Penggunaan perkataan tolak sesuai digunakan dalam ayat perintah seperti ayat Tolak meja ke tepi.
Tatabahasa04.09.2016
saya masih kurang jelas ttg penerangan tuan... Sekiranya imbuhan apitan me...i menerima orang sbg objek manakala me....kan pula menerima objek bukan orang... maka jwpn tu spatutnya no 1... 1.Saya menemukan kucing itu di tepi longkang. Imbuhan me...kan ....objeknya bkn org. Tp tuan bg jwpn no. 2... 2. Saya menemui kucing itu di tepi longkang. imbuhan me...i yg sptutnya objeknya ialah orang.Untuk makluman tuan, lazimnya apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa dan apitan meN-...-kan menerima objek tidak bernyawa. Kekeliruan di sini ialah penggunaan frasa "objek orang" dan "objek bukan orang" mengambil tempat "objek bernyawa" dan "objek tidak bernyawa" Oleh itu, ayat "saya menemui kucing itu di tepi longkang" betul. Perlu diingat rumus ini tidak terpakai untuk semua keadaan kerana apitan meN-...-kan dan meN-...-i dapat dibahagiakan kepada tiga. Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207.Tatabahasa17.04.2014
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih!

Saudara,

Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara dan  pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti.

Tatabahasa27.07.2010
1. “Pemuda itu tertarik akan kecantikan kakak.”, “Pemuda itu tertarik dengan kecantikan kakak.” Ayat manakah yang betul? 2. “Bunyi itu begitu jelas sekali”, “Bunyi itu jelas sekali”. Ayat manakah yang betul?1. Bagi menjawab soalan tuan ini,  kesemua jawapan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 
2. Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.
Tatabahasa27.02.2015
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan.

1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul.  Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat  dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan.  

2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new'  ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi.  

Tatabahasa20.05.2011
1. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas pejalan kaki. 2. Melintas di jalan yang berselekoh adalah tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas. Minta penjelasan ayat 1 atau 2 betul, atau kedua-duanya? Terima kasih.Ayat yang betul ialah “Melintas di jalan yang berselekoh tidak selamat kerana pemandu tidak dapat melihat pejalan kaki dengan jelas”.Tatabahasa30.01.2024
Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih.Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.Tatabahasa23.10.2012
"Mula dari halaman 1 hingga 2" atau "Mula dari halaman 1 hingga 2". Sila berikan alasan sekali.Soalan yang dikemukakan tidak jelas, mohon nyatakan pertanyaan dengan lebih jelas.Lain-lain20.02.2020
12345678910...

Kembali ke atas