Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.li.ta] | جليتا

Definisi : cantik, elok, molek: dr tingkap rumah­nya itu dia dapat melihat seorang gadis ~ sedang menunggu bas; kejelitaan perihal jelita, kecantikan: dia terpesona dgn ~ gadis kampung itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.li.ta] | جليتا

Definisi : sj tumbuhan (herba), kancing baju, Corchorus capsularis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.li.ta] | جليتا

Definisi : cantik; molek; lawa: Ratu Malaysia sungguh ~ orangnya. kejelitaan keadaan jelita; kecantikan. jelitawan gadis (wanita) yg jelita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jelita
Rujuk :cantik

Puisi
 

Buih putih di air terjun,
     Dara jelita menangguk ikan;
Biar pun kuih bercampur racun,
     Kerana cinta sanggup dimakan.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara frasa berikut, manakah yang betul? 1) Perawan jelita 2) Jelitawan perawan
Salam sejahtera,

Kedua-dua frasa perawan jelita dan jelitawan perawan boleh digunakan.
Perawan jelita merujuk kepada anak dara atau gadis yang cantik, molek atau lawa.
Jelitawan perawan pula merujuk kepada gadis jelita yang belum berkahwin, masih suci.

Sekian. Terima kasih. 






Istilah20.01.2018
Apakah perbezaan antara molek dengan jelita? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, molek bermaksud  cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll). Jelita bermaksud cantik, elok, molek. Oleh itu, kedua-duanya mempunyai maksud yang sama.Makna08.02.2014
Tuan, Betulkah frasa ini? 1. amat suka benar 2. sungguh cantik jelita 3. sangat gemar sungguh 4. terlalu bersedih 5. sangat tamah-ramah

Frasa yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. amat suka benar (Penerangan: amat –kata penguat bebas  boleh hadir bersama dengan benar – kata penguat belakang)
  2. sungguh cantik/ sungguh jelita (kerana kata cantik dan jelita membawa maksud yang sama)
  3. gemar (gemar ialah kata kerja maka tidak boleh hadir bersama dengan kata penguat)- sila rujuk maksud gemar
  4. terlalu sedih (bersedih ialah kata kata kerja)
  5. sangat ramah ( kata ganda ‘ramah-tamah’ telah membawa maksud ‘sangat/amat/sungguh’. Jadi penggunaan kata penguat di depannya tidak perlu.)

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 259-260.

Tatabahasa16.06.2014
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah aman damai itu merupakan kata ganda? Terima kasih

Kata aman damai digolongkan sebagai kata adjektif majmuk. Kata adjektif majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata adjektif dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.  Antara kata adjektif yang lain ialah  buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kata Adjektif Majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Bahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 242-247.

Tatabahasa07.08.2020

Kembali ke atas