Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ma.Öah] | جماعه

Definisi : jemaah Ar 1. kumpulan orang beribadat; ~ haji rombongan orang naik haji; 2. orang ramai, perjumpaan ramai; ~ menteri badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; J~ Pemangku Raja badan yg dilantik utk men­jalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri ataupun raja tiada upaya; berjemaah beramai-ramai, bersama-sama: sembahyang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ma.Öah] | جماعه

Definisi : 1 kumpulan orang beribadat: ~ haji rombongan orang naik haji. 2 orang ramai; perjumpaan ramai. ~ menteri kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. berjemaah 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemaah (kata nama)
Bersinonim dengan orang ramai, orang banyak, kelompok, kumpulan;,
Kata Terbitan : berjemaah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pengesahan dan maklsud perkataan "inspektorat". Untuk makluman tuan/puan, perkataan ini tidak dijumpai di dalam laman sesawang PRPM. Sekian, terima kasih.Padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Istilah07.10.2022
Saya ingin bertanya tentang perkataan "Inspektorat" memandangkan tidak wujud dalam kamus DBP. Perkataan asal adalah dari bahasa Inggeris iaitu Inspectorate. Terima kasihPadanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Makna21.02.2021
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

jemaah" title="jemaah">Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009
Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT.Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat."Tatabahasa22.11.2013
Apa maksud Inspektorat dan contoh penggunaan ayat

Saudara Kaszila,

Maksud 'inspectorate' ialah badan jemaah pemeriksa. Dalam konteks sekolah ialah jemaah nazir. Contoh ayat: Jemaah Nazir Sekolah merupakan salah satu bahagian penting di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.  

Makna17.07.2009
Apakah perbezaan ayat di bawah: 1. Selamat datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat datang Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat pertama mengslu-alukan kedatangan tetamu ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, manakala ayat kedua mengalu-alukan kedatangan Jemaah Nazir dan kumpulan Jaminan Kualiti ke sesuatu tempat.Tatabahasa07.01.2014
adakah istilah jemaah menteri dikatakan kata nama am atau kata nama khas?Perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri untuk membubarkan Parlimenhuruf pertama pada perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf besar, iaitu Jemaah Menteri.Istilah21.11.2020
Assalamualaikum. Paparan ayat (di pintu atau tembok bangunan) yang mana satu sesuai bagi mengalukan kedatangan tetamu: 1. Selamat Datang ke Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar. 2. Selamat Datang, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Cawangan Muar.Ayat yang betul ialah "Selamat Datang Jemaah Nazir dan Pegawai Jaminan Kualiti Cawangan Muar."Tatabahasa11.01.2014
Saya ingin membuat semakan ke atas dua perkataan yang sering digunakan dalam urusan kerja seharian. Saya telah membuat carian kata melalui kamus atas talian dbp dan didapati perkataan tidak wujud. Dua perkataan tersebut adalah "naziran" yang berasal daripada perkataan nazir dan "inspektorat" yang dipinjam daripada bahasa inggeris. Mohon pandangan DBP samada perkataan-perkataan ini sesuai digunakan. Sekiranya tidak, mohon cadangan perkataan yang sesuaiPadanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan "inspectorate" ialah Jemaah Pemeriksa, Jemaah Merinyu dan Jemaah Nazir. Tiada perkataan dalam bahasa Melayu, inspektorat.

Naziran berasal daripada kata akar nazir. Naziran merupakan hasil daripada menazir.  Sila rujuk Kamus Dewan Perdana muka surat 1525. Perkataan naziran boleh digunakan.
Istilah21.10.2022
Sila beri terjemahan yang tepat barkaitan perkataan "Business Model" dan "Konsep Vendor" di dalam Bahasa Malaysia. Tujuan adalah untuk membuat Memorandum Jemaah Menteri. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Bussiness Model ialah Model Perniagaan, vendor dalam bahasa Melayu ialah penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan. Untuk penyediaan kertas jemaah menteri perlukan maklumat yang tepat, oleh itu sila rujuk artikel yang ditulis tentang isu tersebut. "Konsep vendor" tiada dlm sumber rujukan kami.Makna17.03.2008
123

Kembali ke atas