Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ma.Öah] | جماعه

Definisi : jemaah Ar 1. kumpulan orang beribadat; ~ haji rombongan orang naik haji; 2. orang ramai, perjumpaan ramai; ~ menteri badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; J~ Pemangku Raja badan yg dilantik utk men­jalankan fungsi raja semasa raja belum dewasa, atau raja tiada di dalam negeri ataupun raja tiada upaya; berjemaah beramai-ramai, bersama-sama: sembahyang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ma.Öah] | جماعه

Definisi : 1 kumpulan orang beribadat: ~ haji rombongan orang naik haji. 2 orang ramai; perjumpaan ramai. ~ menteri kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. berjemaah 1 beramai-ramai; bersama-sama. 2 bersama-sama mengikut imam (bkn sembahyang): sembahyang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemaah (kata nama)
Bersinonim dengan orang ramai, orang banyak, kelompok, kumpulan;,
Kata Terbitan : berjemaah,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JEMAAH MENTERI

JEMAAH MENTERI, badan yang menjalankan kuasa eksekutif pentadbiran negara. Proses pembentukan Jemaah Menteri atau Kabinet bermula selepas pilihan raya umum, iaitu ketua parti yang mendapat kedudukan majoriti dalam Parlimen dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri kemudiannya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri yang bertanggungjawab memegang portfolia dan juga menganggotai Jemaah Menteri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JEMAAH TABLIGH

Jemaah Tabligh ialah suatu gerakan pendakwah Islam. Ia diasaskan oleh Muhammad Ilyas bin Sheikh Muhammad Hanafi al-Duyubandiyyah al-Jashti al-Kandahlari (1303 H-1364 H /1885 M-1944 M) pada tahun 1927 di Shahanpur, India.

AGAMAInstitusi/Organisasi
GERAKAN JEMAAH AL-ARQAM

Gerakan Jemaah al-Arqam, pertubuhan agama yang telah diharamkan pada tahun 1994.

AGAMAInstitusi/Organisasi
ZAYDIYYAH

Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang

mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-

Husayn (79–122 H/698–740 M). Golongan ini

bersependapat dengan golongan Ithna ‘Asyariyyah

(golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan

aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam

Zayd ibn Zayn al-‘Abidin. Walau bagaimanapun,

mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah

lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad

al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak

sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam

(pemimpin negara) dan tugasnya.

UMUM 
MUWAHHIDUN, KERAJAAN

Muwahhidun, Kerajaan (515 H.– 674 H./1121

M. –1275 M.), dinamakan sempena nama jemaah

Islam yang telah dibentuk oleh Muhammad ibn

Tomart al-Mahdiy di Maghribi Jauh. Perkataan

Muwahhidun merujuk kepada kata-kata mereka

bahawa Allah Taala itu Esa, tidak boleh

digambarkan dengan pancaindera, Allah

mengatasi segala-galanya dan setiap gambaran

untuk Allah dianggap sebagai kiasan semata-mata.

Orang yang menyokong konsep menyerupakan

dan menjasadkan Allah menganggap orang

Muwahhidun menyalahi hakikat sebenar, bahkan

mereka menganggap pendapat al-Muwahhidun

sebagai kafir. Justeru golongan ini berkeyakinan

bahawa merekalah sahaja yang benar-benar

beriman iaitu orang-orang yang mengesakan Allah

dan mensucikan-Nya dari setiap penyerupaan-Nya

dengan makhluk.

UMUM 
SAYYAF, ‘ABD RABB AL-RASUL

Sayyaf, ‘Abd Rabb al-Rasul (1365 H.– ?/1945

M. – ?) ialah pejuang Islam dan pengasas jemaah

Islam pertama di Afghanistan. Dia lahir di

Afghanistan dan mendapat pendidikan awal pada

peringkat rendah di Madrasah Buqman. Kemudian

dia melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

di Madrasah Ibn Sina. Seterusnya, dia

menyambung pelajaran di Madrasah Abu Hanifah

al-Thanawiyyah di Kabul dan menamatkan

pengajiannya pada tahun 1962. Dia berjaya

memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang

syariah daripada Universiti Kabul pada tahun 1967.

Selepas itu, dia mendapat Ijazah Sarjana dalam

bidang ilmu hadith daripada Fakulti Usuluddin,

Universiti al-Azhar dengan menulis sebuah tesis

bertajuk ‘al-Wad’u fi al-Sunnah wa Juhud al-Ulama’

fi Muqawamatihi’ . Dia dilantik sebagai pensyarah

ilmu hadith, ilmu pembahagian harta pusaka dan

ilmu bahasa di Fakulti Syariah, Universiti Kabul. Di

samping itu, dia juga pensyarah mata pelajaran

hadith dan agama di Fakulti Pentadbiran di

universiti yang sama.

UMUM 
KANDAHLAWI, MUHAMMAD ZAKARIYYA AL-

Kandahlawi, Muhammad Zakariyya al- ( ?–1348 H./ ? –1930 M.),

ulama India yang terkenal bermazhab Hanafi,

juga merupakan tokoh jemaah Tabligh.

UMUM 
ABDUL JALIL HASSAN, TAN SRI (1914–1990),

Abdul Jalil Hassan, Tan Sri (1914-1990),

pendakwah dan pendidik Malaysia. Abdul Jalil

memberikan sumbangan penting dalam tilawah al-

Qur’an. Dia dilantik sebagai Ahli Pengerusi Jemaah

Hakim dari tahun 1965 hingga tahun 1970. Pada

tahun 1969, dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan

Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun

1970, dia dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa

Fatwa Kebangsaan di bawah Majlis Raja-raja

Melayu. Abdul Jalil juga dikenali kerana

 keanggotaannya dalam badan-badan Islam

Antarabangsa. Dia dilantik sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Rabilah Alam Islam oleh kerajaan Arab

Saudi pada tahun 1966 dan dilantik oleh kerajaan

Mesir pada tahun 1973 sebagai Ahli Majlis

Tertinggi Majma al-Buhuth al-Islamiyah.

UMUM 
MINISTER

Minister, dalam agama Kristian, bermaksud

seseorang yang berkhidmat. Perkataan minister

ialah perkataan Latin yang bermaksud orang yang

berkhidmat . Dalam ajaran agama Protestan

terutamanya, minister merupakan golongan paderi

yang ditahbiskan dan selalunya bertindak sebagai

pastor dalam sesuatu jemaah. Selain mengendalikan

upacara sembahyang, minister yang ditahbiskan

juga mengendalikan sakramen, berkhutbah dan

bertanggungjawab ke atas jemaah. Minister yang

tidak ditahbiskan, boleh membantu mengendalikan

upacara sembahyang. Contohnya, mereka selalunya

membaca bahagian liturgi dan pelajaran tertentu

dan membantu mengedarkan Perjamuan Suci.

Dalam Gereja Roman Katolik, Gereja Ortodoks, dan

Gereja England, paderi merupakan minister yang

ditahbiskan.

UMUM 
SAFAWIYYAH, KERAJAAN

Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735

M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya

ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy

al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al-

Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli

Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang

ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al-

Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada

tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman

Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh

Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan

berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah)

dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh

Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh

Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga

menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh

Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan

anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524

M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah

(dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy).

UMUM 
12

Kembali ke atas