Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemaah (kata nama)
Bersinonim dengan orang ramai, orang banyak, kelompok, kumpulan;,
Kata Terbitan : berjemaah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah istilah jemaah menteri dikatakan kata nama am atau kata nama khas?Perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf kecil jika membawa maksud umum. Jika membawa maksud rujukan khusus seperti Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri untuk membubarkan Parlimenhuruf pertama pada perkataan jemaah menteri dieja dengan huruf besar, iaitu Jemaah Menteri.Istilah21.11.2020
Sila beri terjemahan yang tepat barkaitan perkataan "Business Model" dan "Konsep Vendor" di dalam Bahasa Malaysia. Tujuan adalah untuk membuat Memorandum Jemaah Menteri. Sekian, terima kasih.Terjemahan yang sesuai bagi Bussiness Model ialah Model Perniagaan, vendor dalam bahasa Melayu ialah penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan. Untuk penyediaan kertas jemaah menteri perlukan maklumat yang tepat, oleh itu sila rujuk artikel yang ditulis tentang isu tersebut. "Konsep vendor" tiada dlm sumber rujukan kami.Makna17.03.2008
Assalamualaikum. Sebagai Bahasa Kebangsaan bagi negara mengikut Perlembagaan Malaysia, DBP & Lembaga Pengelolanya bertanggungjawab, melapor diri, dan liable kepada siapa? Yg Dipertuan Agong, PM, Jemaah Menteri (kementerian mana), Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman, atau siapa? Saya juga cadangkan penambahan kepada objektif DBP iaitu pematuhan pada penguasaan amali Bahasa Melayu (bertutur, membaca, menulis, dan memahami) oleh warga negara Malaysia sepertimana takrifan warga negara di Perlembagaan Malaysia. Terima kasih.DBP ialah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pelaksanaannya di bawah kawalan Lembaga Pengelola DBP. Kami amat bersetuju dengan pandangan tuan, sewajarnya warganegara Malaysia menguasai bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu dan menggunakannya pada setiap peringkat urusan lebih-lebih lagi dalam konteks rasmi di dalam mahupun di luar negara. Syabas, kami ucapkan kepada tuan yang berusaha mengekalkan jati diri warganegara Malaysia walau di mana jua tuan berada.Lain-lain04.03.2019
Boleh perjelaskan penggunaan perkataan berikut adakah menggunakan huruf besar atau huruf kecil ? bukan dipermulaan ayat, tapi di tengah ayat. Sekian, terima kasih. kerajaan kabinet parlimen jemaah menteri kementerian semenanjungUntuk makluman, perkataan yang ditulis dengan huruf besar di tengah-tengah ialah kata nama khas, selain daripada kata nama khas, perlu dieja dengan huruf kecil.Tatabahasa24.01.2018
Apakah perbezaan antara pengerusi majlis dan pengacara majlis dan bilakah penggunaannya?

Puan Siti , terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb): Perdana Menteri menjadi ~ mesyuarat Jemaah Menteri; 2. pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): ~ Lembaga Pengarah

 Manakala pengacara majlis pula ialah , Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna05.03.2009
Ejaan 'atlit' yang diguna sejak menuntut di U hingga kini saya menggunakan ejaan tersebut. Pertamanya sebutan adalah bersamaan dan kamus terdahulu meletakkan 'atlit'. Persoalan saya ejaan 'atlet' bersandarkan penggunaan sebutan 'e' taling atau 'e' pepet adalah tidak betul. Penulisan saya dalam semua buku, jurnal, tesis, memorandum dan nota jemaah menteri mengngunakan ejaan 'atlit'. Mohon pencerahan. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "atlet" dengan sebutan e taling. Ejaan ini telah digunakan dalam Kamus Dewan Edisi Kedua yang diterbitkan pada tahun 1986. Atlet diambil dan melalui penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris athlete.Tatabahasa02.10.2014
Siapakah yang dikenali sebagai Tuan Pengerusi Majlis dalam sesuatu majlis? Adakah pengelola atau juruacara majlis tersebut? TQ

Selamat petang saudara,

Mengikut kamus Dewan, pengerusi majlis ialah ketua atau pengendali persidangan (mesyuarat dsb) Contoh ayat : Perdana Menteri menjadi pengerusi majlis mesyuarat Jemaah Menteri.

Pengerusi majlis juga bermaksud pemimpin atau ketua jawatankuasa (pertubuhan dll): Pengerusi majlis Lembaga Pengarah.

Manakala pengacara majlis pula ialah, Id peguam bela 2. orang yg mengendalikan persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll), juruacara.

Makna15.10.2012
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU?4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih.Tatabahasa19.04.2008

Kembali ke atas