Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : badan eksekutif yg terdiri drpd para menteri, yg secara kolektif bertanggungjawab bagi menentukan dasar kerajaan, kabinet; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kumpulan menteri yg dilantik utk mengendalikan kementerian masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemaah (kata nama)
Bersinonim dengan orang ramai, orang banyak, kelompok, kumpulan;,
Kata Terbitan : berjemaah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiranPentadbiran Awam

Badan pemerintahan, pembuat dasar tertinggi negara dan yang paling berkuasa untuk memberi arahan kepada jentera kerajaan di peringkat persekutuan dalam melaksanakan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong. Badan ini diketuai oleh Perdana Menteri dan anggotanya terdiri daripada Menteri-Menteri Kabinet. Jemaah menteri dilantik daripada anggota Majlis Parlimen.

Council of MinistersJemaah MenteriPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Council of MinistersJemaah MenteriSains PolitikTiadaTiada
Supreme CouncilMajlis TertinggiUndang-undangTiadaBadan dalam Kerajaan Negeri Sarawak yang bersamaan dengan Jemaah Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
collective decisionkeputusan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Satu ketetapan yang dibuat atau dicapai secara bersama dalam kalangan organisasi tertentu. Oleh itu, semua ahli yang terlibat dalam membuat keputusan bertanggungjawab penuh terhadap segala ketetapan yang telah dibuat. Sebagai contoh, barisan Jemaah Menteri bersama-sama bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh Kabinet seperti pembatalan pembinaan Jambatan Indah yang menghubungkan Malaysia-Singapura. Keputusan pembatalan jambatan tersebut dipertanggungjawabkan kepada semua Jemaah Menteri dan bukannya terletak di bahu Perdana Menteri sahaja.

cabinetkabinetSains PolitikPolitik PerbandinganBadan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara.
collective responsibilitytanggungjawab kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Kewajipan yang dipikul secara bersama oleh individu dan perkumpulan individu dalam sesebuah organisasi tertentu. Dalam konteks Malaysia, Jemaah Menteri mempunyai tanggungjawab kolektif kepada Parlimen. Sekiranya seseorang Menteri memihak kepada cadangan pembangkang di Parlimen, maka beliau seharusnya meletakkan jawatan kerana bertentangan dengan prinsip tanggungjawab kolektif. Tanggungjawab kolektif menetapkan bahawa seseorang Menteri mempunyai kewajipan untuk membela dan mempertahankan segala ketetapan yang dibuat oleh Kabinet di Parlimen.

political executiveeksekutif politikPentadbiranPentadbiran Awam

Badan yang memiliki kuasa merencana, melaksana dan menguatkuasa keputusan serta dasar negara. Badan ini dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan yang bertanggungjawab mengetuai potfolio atau kementerian tertentu. Kedudukannya berbeza mengikut negara sama ada berperanan sebagai raja, presiden ataupun perdana menteri dan kabinet. Dalam konteks Malaysia, eksekutif politik terdiri daripada Perdana Menteri dan kabinet. Kebiasaannya, ahli kabinet akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu, dipengerusikan oleh perdana menteri. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak ketua negara atas nasihat perdana menteri.

cabinet ministermenteri kabinetPentadbiranPentadbiran Awam

Individu yang dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi menganggotai badan pemerintahan di peringkat persekutuan dan mengetuai sesebuah kementerian. Menteri ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Beliau bertanggungjawab terhadap perjalanan dan pelaksanaan dasar-dasar kementeriannya. Pada masa yang sama, menteri kabinet turut mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar kerajaan. Kebanyakan menteri mempunyai portfolio tertentu tetapi terdapat juga menteri yang tidak mempunyai portfolio khusus seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anggota jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri membentuk kabinet di peringkat persekutuan.

Federal CouncilMajlis PersekutuanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menjalankan tugas penyelarasan pentadbiran dalam sesuatu bidang tertentu. Badan ini juga berperanan melicinkan perjalanan jentera pentadbiran kerajaan persekutuan. Terdapat beberapa jenis majlis persekutuan seperti Majlis Tanah Negara, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat. Manakala Majlis Tindakan Negara, Majlis Keselamatan Negara dan Majlis Tindakan Ekonomi Negara ditubuhkan di bawah kuasa eksekutif untuk membantu Jemaah Menteri menyelaraskan kegiatan kementerian di peringkat persekutuan.

Kembali ke atas