Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.ba.lang] | جمبالڠ

Definisi : sj hantu (hantu tanah) yg kadang-kadang merupakan diri spt rusa (kerbau dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.ba.lang] | جمبالڠ

Definisi : sj hantu yg kononnya dpt merupakan dirinya spt binatang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jembalang

Puisi
 

Sapu tangan jatuh ke laman,
     Tiba di laman berisi bunga;
Celaka tangan jembalang tangan,
     Dalam tangan orang punya.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JEMBALANG

JEMBALANG, hantu tanah. Di setengah-setengah negeri, jembalang dikenal sebagai jemalang atau jumalang. Jembalang dipercayai berpuaka, berasal daripada uri, termbuni ataupun tentuban dan tinggal di dalam gaung, busut, kayu atau batu.

BUDAYAMakhluk
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep
TOLAK BALA

TOLAK BALA, satu kompleks perlakuan bercorak ritual dengan tujuan menghindari daripada kejadian buruk, sial, nasib tidak baik, atau apa sahaja yang tidak diingini berlaku kepada diri dan komuniti sesuatu masyarakat. Dari segi individu, perlakuan itu tidak mungkin merupakan ritual, tetapi perlakuan mengawal, mengelak mahupun menyisih. Bala tadi tidak sahaja bencana yang didatangkan oleh sesuatu tenaga asing atau luar seperti hantu atau jembalang, tetapi oleh nasib atau untung diri sendiri.

BUDAYAAdat

Kembali ke atas