Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; sejemput sebanyak yg dapat di­ambil dgn hujung jari, secekut: dia meng­ambil ~ tembakau; jemput-jemput 1. sj kuih (drpd adunan tepung, pisang, dan gula yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); 2. sj kuih (drpd adunan tepung, bawang, garam, dll yg dijemput sedikit-sedikit dan digoreng); menjemput 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; jemputan hasil drpd menjemput (men­cekut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; berjemput disambut, dialu-alu, disongsong: datang tak ~; menjemput 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: jemputan 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; perjemputan perihal menjemput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; menjemput 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. jemputan hasil perbuatan menjemput; undangan; ajakan: ~ itu diterimanya dgn baik. orang (para) ~ orang yg diundang utk menghadiri sesuatu majlis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jem.put] | جمڤوت

Definisi : ; jemput-jemput sj kuih yg dibuat drpd adunan tepung dgn pisang, gula dsb (atau tepung dgn bawang, garam dsb) yg digoreng. menjemput mengambil dgn hujung jari; mencekut. sejemput sebanyak yg dpt diambil dgn hujung jari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput
Kata Terbitan : sejemput, menjemput,

Puisi
 

Jika betul tuan menereka,
     Tereka saya kain stokin;
Sekira benar sukakan saya,
     Jemput saya orang miskin.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
banana fritterpisang goreng; jemput-jemput pisangPentadbiran PerniagaanTiada1. Pisang goreng: Kepingan pisang yang disalut bater dan digoreng.,2. Jemput-jemput pisang: Pisang yang dilecek dan digaul bersama adunan tepung dan air sebelum digoreng dengan membentukkannya seperti bebola.
banana fritterpisang goreng; jemput-jemput pisangPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
breadfruit frittersukun goreng; jemput-jemput sukunPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
timangtimangMuzikTiada

Muzik vokal atau canta kaum Iban di Sarawak. Muzik ini dipersembahkan dalam upacara tertentu seperti berjamu, menjemput jin ke pesta gawai atau pesta lain yang dikaitkan de­ngan aktiviti menanam atau menuai padi dan menghormati kenyalang. Sinonim pengap.


Kembali ke atas