Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jem.pu.tan] | جمڤوتن

Definisi : 1. = orang ~ orang yg dijemput (utk menghadiri majlis perkahwinan dll): Ramlan sibuk sekali melayan para ~ itu; 2. ajakan, undangan; 3. permintaan (kpd orang laki-laki) utk dijadikan menantu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.pu.tan] | جمڤوتن

Definisi : hasil drpd menjemput (men­cekut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jem.pu.tan] | جمڤوتن

Definisi : hasil perbuatan menjemput; undangan; ajakan: ~ itu diterimanya dgn baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput2
Kata Terbitan : menjemput, jemputan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK

Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan.

Tatabahasa06.12.2011
JEMPUTAN MESYUARAT PENGURUSAN KOLEJ BIL.1/2014 Sukacita perkara di atas dirujukiTidak ada soalan yang dikemukakan. Untuk pengesahan nama tempat dan bangunan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Lain-lain06.01.2014
dalam buku atur cara gunakan - 8.00 malam - Ketibaan Dif-Dif jemputan atau Ketibaan Dif-dif jemputan ( dimana huruf D di kali kedua perkataan Dif menggunakan huruf kecil

Yang betul ialah Ketibaan Dif-dif Jemputan. Huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil.

Ejaan04.11.2011
Dalam kad jemputan dinyatakan kod pakaian "black tie".. perkataan bahasa melayu yang boleh digunakan?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "black tie" ialah pakaian separa rasmi.Penyemakan dan penterjemahan15.08.2013
Tuan, mana yang betul? Jemputan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2 atau Jemputan ke Mesyuarat Pengurusan Bil. 2. Terima kasih.Frasa yang betul ialah “Undangan Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bil. 2”. Untuk makluman, kata “jemput” lebih tepat digunakan untuk menunjukkan perbuatan pergi menyambut, menyongsong, atau mengambil seseorang. Sebagai contoh, “Kami sekeluarga akan menjemput kakak di lapangan terbang”. Kata “undang” pula lebih tepat digunakan untuk menunjukkan perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, perayaan, pertemuan, dan sebagainya. Oleh yang demikian, penggunaan frasa yang lebih tepat dalam konteks ini ialah “Undangan Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bil. 2”.Lain-lain19.01.2022
JEMPUTAN BAGI MENGHADIRI SESI "BRAINSTORMING" BERSAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLJ KEDIAMAN TERATAIAyat yang betul ialah: JEMPUTAN MENGHADIRI SESI SUMBANG SARAN BERSAMA-SAMA PENGURUSAN KOLEJ DAN JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ KEDIAMAN TERATAITatabahasa09.04.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Apakah perbezaan simpulan bahasa yang biasa ditulis di dalam surat permohonan/jemputan ini: 1. Rendah hati 2. Rendah diri Yang mana satukah lebih sesuai digunakan di dalam surat permohonan/jemputan? Maksud di dalam carian google tidak konsisten. Tetapi berkisar kepada rasa rendah. Secara umum, samada merendahkan kemampuan diri atau tidak sombong. Kedua-dua definisi ini digunapakai secara silih berganti. "Permohonan" dan "Jemputan" juga adalah dua situasi yang berbeza yang mungkin memberi implikasi kepada penggunaan dua simpulan bahasa yang tersebut. Mohon pencerahan. Terima kasih. ArnidaWassalam,

Mengikut Kamus Simpulan Bahasa Edisi Kedua, kedua-dua simpulan tersebut terakam dan membawa maksud yang tidak jauh berbeza. 1. Rendah diri = perasaan hina: "Orang yang hendak maju hendaklah hilangkan perasaan rendah diri". 2. Rendah hati = tidak sombong: "Walaupun berpangkat tinggi tetapi dia seorang yang rendah diri". Merujuk kedua-dua kamus ini, simpulan bahasa yang sesuai untuk permohonan dan jemputan ialah "Rendah Diri".
Lain-lain29.01.2019
Dia menyerahkan kepada saya kad jemputan Pak Akob. Ayat ini betul ??Ayat yang betul ialah "Dia menyerahkan kad jemputan Pak Akob kepada saya."Tatabahasa16.07.2013
Adakah betul tajuk surat berikut: JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI?Ayat ini betul "JEMPUTAN SEBAGAI PANEL FORUM BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN WARGA TERATAI". Jika digunakan sebagai tajuk surat, tanda "?" hendaklah dibuang.Tatabahasa09.04.2013
sebagai pengacara majlis, kata alu-aluan untuk siapakah yang perlu didahulukan? tetamu jemputan atau ketua di organisasi tersebut?Dalam situasi biasa, alu-aluan akan mendahulukan tetamu jemputan yang diundang khas sebagai tetamu kenamaan.Tatabahasa04.08.2016
12345

Kembali ke atas