Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.mur] | جمور

Definisi : 1. perihal mengeringkan (di panas matahari); dihukum ~ dihukum dgn di­letakkan di panas matahari; 2. Id mandi (memanaskan badan) dgn panas matahari; 3. Mn padi yg dijemur; membangkit ~ mengangkat padi yg sudah dijemur; ~ terkekar, ayam tiba prb baru sahaja dikeluarkan barang dagangan, sudah banyak orang datang membeli; berjemur mengeringkan (memanaskan) ba­dan di panas matahari: dia ~ di atas pasir; menjemur mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); ~ sementara hari panas prb kesempatan yg baik itu janganlah dilepaskan; meski ke langit akan ~, kalau hari tak panas tak juga kering prb kalau nasib tak baik bagaimanapun usaha tidak akan beruntung juga; terjemur dijemur, kena jemur; jemuran 1. barang yg dijemur; 2. Kl serambi rumah; penjemuran tempat (alat dll) utk menjemur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.mur] | جمور

Definisi : padi yg dikeringkan di tengah panas: membangkit ~ mengangkat padi yg dijemur. berjemur berpanas dlm cahaya matahari: Budak itu pengsan kerana terlalu lama ~. menjemur memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. jemuran 1 benda-benda (spt kain padi dll) yg dijemur. 2 alat (spt tali, galah dsb) utk menjemur. penjemuran 1 tempat menjemur. 2 perbuatan atau hal menjemur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemur
Kata Terbitan : berjemur, menjemur,

Puisi
 

Jemur padi di tanah padang,
     Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan,
     Burung di tangan disambar orang.


Lihat selanjutnya...(15)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pengeringanpengeringanKesenianTiadaProses untuk membuang air dalam rotan dengan tujuan pengawetan dilakukan secara dijemur dengan teknik jemur rumpun, jemur sidai dan jemur sandar.
jemur sidaijemur sidaiKesenianTiadaTeknik pengeringan rotan dengan menyidaikannya pada palang jemur.
jemur sandarjemur sandarKesenianTiadaTeknik pengeringan rotan dengan menyandarkan batang rotan pada palang jemur.
jemur rumpunjemur rumpunKesenianTiadaTeknik pengeringan rotan secara berbekas-bekas yang ditegakkan.
adobebatu jemurKesenianSeni BinaSejenis bata daripada tanah liat, pasir dan air yang dibentuk dan dikeringkan di bawah cahaya matahari untuk dijadikan bahan binaan bangunan. Contohnya, bangunan kediaman di kebanyakan negara Arab menggunakan batu jemur sebagai bahan asas bangunan.
heliationjemurPerubatanTiadaRawatan melalui pendedahan pada sinaran matahari.
ante-solariumanjung jemurKejuruteraanTiadaTiada
sun-thickened oilminyak jemurKesenianTiadaMinyak linsid yang didedah pada cahaya matahari supaya lebih pekat, digunakan dalam lukisan cat minyak.
adobeadobKesenianHiasan DalamanBahan binaan batu jemur yang diperbuat daripada campuran tanah liat dan jerami, untuk menghasilkan blok atau bata. Bahan ini dihasilkan dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari dan banyak digunakan dalam kerja pembinaan di Sepanyol, Afrika dan Amerika Latin.
badangbadangKesenianTiadaNyiru bulat daripada buluh, beranyam gadas, bahagian tepi bingkai dihiasi anyam tulang belut, dan digunakan sebagai hiasan dinding, menampi padi dan tempat jemur ikan.
12

Kembali ke atas