Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.ka] | جناک

Definisi : 1. perbuatan atau kata-kata yg meng­gelikan hati, lawak: ~nya membuatkan penonton-penonton tidak dapat menahan ketawa; 2. menggelikan hati, membangkitkan ketawa: lawak ~; cerita ~; berjenaka berbuat sesuatu perlakuan atau berkata-kata utk membuat orang ketawa, melawak, berkelakar: dlm perjalanan itu kami tidak putus-putus ~; kejenakaan 1. perihal jenaka; 2. kelucuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.ka] | جناک

Definisi : 1 perbuatan atau kata-kata yg menggelikan hati; lawak: Para penonton tertawa terbahak-bahak melihat ~nya itu. 2 menggelikan hati; membangkitkan ketawa; lucu: cerita ~ cerita yg menggelikan hati. berjenaka berbuat atau berkata-kata utk membuat orang tertawa; berkelakar; berlawak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenaka (kata nama)
Bersinonim dengan lawak, kelakar, seloroh, senda gurau, gurau senda, lucu-lucuan, lelucon, banyol, kecindan, kocak;,
Kata Terbitan : berjenaka,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cerita jenakacerita jenakaKesusasteraanTiadaKarya yang menggambarkan watak secara lucu dengan perwatakan bodoh dan lurus bendul.
comedy madrigalmadrigal jenakaMuzikTiada

Drama jenaka pada akhir abad ke-16 yang berasaskan beberapa lagu sekular Itali. Lagu ini digabungkan melalui satu tema. Madrigal jenaka terdiri daripada satu prolog dan beberapa babak dan adegan.

jestbooksbuku jenakaKesusasteraanTiadaKoleksi mengandungi anekdot dan cerita jenaka, mempunyai unsur-unsur humor, wit dan satira.
comic operaopera jenakaKomunikasiTiadaAktiviti lakonan dan nyanyian yang dipersembahkan secara serentak dalam bentuk drama yang mempunyai unsur-unsur jenaka.
low comedyriawara kasarKomunikasiKorporatJenis jenaka atau lawak yang tidak serius dan kurang bersopan berbanding dengan jenaka atau lawak santun. Riawara kasar banyak melibatkan unsur gurauan yang mempersendakan pihak lain dan secara tidak langsung boleh menjejaskan nilai hubungan kemanusiaan. Selain itu, riawara kasar juga mengandungi unsur nyanyian yang bising, suasana pertengkaran di hadapan khalayak, mengandungi kata cemuhan, malah turut diselang-seli degan unsur kelucahan. Riawara kasar juga boleh dihasilkan dalam bentuk persembahan drama atau riawara. Dalam sejarah riawara kasar di England, drama jenis ini pertama kali dihasilkan apabila pelakon berdialog di luar skrip. Riawara kasar ini dikenali juga sebagai drama yang tidak bersopan, tiada unsur pendidikan, dan hanya sesuai dipersembahkan kepada khalayak tertentu. Riawara kasar dilakonkan atau dipersembahkan oleh pelakon, penghibur, atau pengacara di atas pentas atau di media elektronik. Riawara jenis ini kerap dipersembahkan di pementasan khas atau disiarkan selepas masa perdana kerana kandungannya yang hanya sesuai untuk khalayak dewasa. Sinonim komedi kasar.
opera buffaopera buffaMuzikTiada

 Opera jenaka Itali yang popular pada abad ke-18. Ceritanya berkenaan dengan kehidupan seharian. Opera buffa mempunyai watak lucu dan elemen jenaka. Skripnya, iaitu libretto dalam bahasa Itali. Contohnya, Le Nozze di Figaro, K. 492 (1786) ciptaan Mozart dan // barbiere di Siviglia (1816) ciptaan Rossini.

jestjenakaKesusasteraanTiadaPerbuatan atau kata-kata yang menggelikan hati, lawak.
buffa (It)jenakaKesenianTiadaPersembahan yang terdapat dalam opera.
funny storycerita jenakaPerpustakaanTiadaTiada
humorous literaturekesusasteraan jenakaPerpustakaanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas