Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.yah] | جنايه

Definisi : = perbuatan ~ kejahatan (spt men­curi, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah ama­nah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan pen­ting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn meng­gunakan sistem komputer utk mencuri mak­lumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.yah] | جنايه

Definisi : , = perbuatan ~ perbuatan yg jahat (membunuh, mencuri dll) dan salah di sisi undang-undang: Polis berhak menangkap orang-orang yg melakukan ~. penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JENAYAH PERANG UMUM 
JENAYAH UMUM 
JENAYAH ANTARABANGSA

Jenayah antarabangsa, perlakuan yang dianggap sebagai jenayah menurut peruntukan undang-undang antarabangsa.

UNDANG-UNDANGKonsep
MAHKAMAH JENAYAH ANTARABANGSA

Mahkamah Jenayah Antarabangsa ialah tribunal tetap di peringkat antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2002 untuk membicarakan dan menghukum individu yang terlibat dalam jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai.

UNDANG-UNDANGInstitusi/Organisasi
PENCEGAHAN JENAYAH UMUM 
MENCURI

Mencuri adalah suatu jenayah yang ditakrif

secara berbeza-beza oleh undang-undang di

negara yang berlainan. Biasanya jenayah ini

ditakrif sebagai mencuri apabila seseorang

memasuki rumah orang lain atau tempat

perniagaan tanpa kebenaran, dengan niat

melakukan jenayah yang serius.

UMUM 
MAKMAL JENAYAH

Makmal jenayah lihat Makmal polis.

UMUM 
UNDANG-UNDANG JENAYAHKonsep undang-undang jenayah.UNDANG-UNDANGKonsep
KRIMINOLOGI

Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah,

penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem

pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat

kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan

dengan jenayah.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
1234

Kembali ke atas