Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.yah] | جنايه

Definisi : = perbuatan ~ kejahatan (spt men­curi, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah ama­nah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan pen­ting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn meng­gunakan sistem komputer utk mencuri mak­lumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.yah] | جنايه

Definisi : , = perbuatan ~ perbuatan yg jahat (membunuh, mencuri dll) dan salah di sisi undang-undang: Polis berhak menangkap orang-orang yg melakukan ~. penjenayah orang yg melakukan jenayah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enterprise crimejenayah perusahaanKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh entiti perniagaan dengan cara menggabungkan ciri-ciri perniagaan yang sah dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang untuk tujuan mengaut keuntungan. Jenayah ini dilakukan dengan cara menyembunyikan aktiviti yang menyalahi undang-undang di sebalik aktiviti perniagaan yang sah. Kadangkala, jenayah ini disebut juga sebagai jenayah sindiket dan jenayah terancang. Contohnya, aktiviti pengubahan wang haram yang dilakukan di sebalik aktiviti perniagaan yang sah seperti pinjaman wang berlesen.
criminologykriminologiKriminologiKeadilan JenayahBidang yang mengkaji secara saintifik yang melibatkan pelbagai disiplin ilmu, iaitu kajian tentang jenayah dan tingkah laku melencong. Bidang ini meliputi kajian tingkah laku penjenayah, penyebab jenayah, akibat jenayah, termasuklah juga pencegahan jenayah serta sistem pengadilan jenayah.
opportunity crimejenayah peluangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai. Jenayah ini dilakukan tanpa perancangan awal. Contohnya, ketiadaan orang lain di kawasan yang sunyi memberikan peluang kepada penyerang untuk merompak mangsa.
disorganized crimejenayah tidak terancangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan dengan suatu organisasi jenayah atau dilakukan tanpa apa-apa persediaan.
political crimejenayah politikKriminologiKeadilan JenayahJenayah atau pelanggaran undang-undang yang dilakukan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai tujuan politik. Jenayah ini selalunya disasarkan kepada negara/kerajaan atau sistem politik. Contohnya, serangan siber yang dilakukan ke atas sistem komputer kerajaan dengan tujuan menggugat keupayaan pentadbiran negara.
organized crimejenayah terancangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh sindiket atau organisasi dengan membuat persediaan dan perancangan yang pada lazimnya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan. Kebiasaannya, jenayah ini dilakukan dalam skala yang besar dan ada kalanya, melibatkan pasaran gelap. Contohnya, pelacuran, perjudian dan penyeludupan dadah.
borderless crimeserangan bertubi-tubiKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah yang tidak boleh dibatasi atau dikawal melalui sempadan fizikal negara. Pelaku jenayah boleh melakukan jenayah terhadap mangsa yang berada di negara lain. Contohnya, jenayah siber.
white collar crimejenayah kolar putihKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan oleh seseorang yang memiliki kedudukan yang tinggi dan dihormati dalam masyarakat dalam urusan pekerjaan. Motif utama jenayah ini adalah untuk mendapatkan habuan kewangan. Contohnya, rasuah, penipuan perbankan dan pecah amanah.
cyber facilitated crimejenayah dipermudah siberKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan dengan menggunakan komputer, rangkaian komputer atau bentuk teknologi maklumat dan komunikasi yang lain untuk memudahkan proses perlakuan jenayah tersebut. Contohnya, penipuan dalam talian atau kecurian identiti dalam talian.
hate crimejenayah benciKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang bersifat prejudis dan didorong oleh perasaan benci yang menyasarkan seseorang kerana individu tersebut dikaitkan dengan sesuatu bangsa, agama, orientasi seksual, ideologi atau kumpulan sosial. Contohnya, mangsa yang dibunuh kerana perasaan benci pelaku jenayah akibat keterlibatan aktif mangsa dalam mana-mana kumpulan sosial.
12345678910...

Kembali ke atas