Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.na.zah] | جنازه

Definisi : Ar mayat (bagi orang Islam); kereta ~ kereta yg membawa jenazah; menjenazahkan menguburkan (jenazah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.na.zah] | جنازه

Definisi : jasad orang mati; mayat: kereta ~ kereta yg membawa jenazah. menjenazahkan menguburkan jenazah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenazah
Bahasa Asal :Arab
Rujuk :mayat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada 07/06/10 saya telah mengemukakan pertanyaan apakah istilah yang sesuai untuk perkataan 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris. Jawapan yang dicadangkan adalah 'bury the dead'. Saya merasakan cadangan tersebut merupakan perbuatan "verb". Jadi saya ingin bertanya apakah istilah 'PENGURUSAN JENAZAH' di dalam bahasa inggeris yang sesuai (dalam bentuk nouns). Adakah 'management of deadth' boleh digunapakai? terima kasih

Kami tidak mempunyai rujukan bagi istilah tersebut. Cadangan yang diberi, "bury the dead" bermaksud menjenazahkan yang juga mempunyai makna yang sama dengan pengurusan jenazah. Pengurusan jenazah ialah kerja yang dilakukan ke atas mayat orang Islam dan budaya ini tiada dalam orang Inggeris (yang bukan Islam). Oleh itu mereka tiada istilah yang sepadan dengannya. Walau bagaimanapun, saudara boleh menghubungi Pusat Bahasa Inggeris di IPTA/IPTS untuk mendapatkan istilah yang lebih tepat dalam bahasa Inggeris.

Istilah08.06.2010
Boleh gunakan perkataan jenazah untuk bukan Islam?Perkataan jenazah hanya untuk orang Islam sahaja.Lain-lain17.04.2014
Assalamualaikum wbt. Saya nak tanya untuk "solat hajat", "solat jenazah" dan jenis-jenis solat yang lain, adakah perlu ditulis dalam huruf besar pada permulaan kata seperti Solat Hajat, Solat Jenazah. Mohon pencerahan daripada pihak tuan tentang kekeliruan saya. Terima kasihSekiranya perkataan pada permulaan ayat perlu huruf besar seperti Solat hajat. Ejaan solat jenazah dan jenis-jenis solat lain dieja dengan huruf kecil. Tatabahasa01.02.2017
Kafan boleh ditambah imbuhan? Contoh: Mengkafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Mengafankan jenazah, iaitu membalut mayat dengan kain putih. Perkataan mana yang betul?Perkataan kafan apabila menerima imbuhan, huruf pertama - k akan luluh dan membentuk perkataan mengafankan sama seperti kayuh - mengayuh dan kejar - mengejar.Tatabahasa08.01.2014
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana?Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata.").Ejaan19.03.2012
Selamat petang En. Sulaiman, Saya ingin bertanya, bolehkah perkataan 'jenazah' digunakan pada yang bukan Islam? Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, perkataan jenazah berasal daripada bahasa Arab dan bermaksud mayat (bagi orang Islam). Oleh itu, perkataan ini tidak sesuai digunakan bagi orang yang bukan Islam.
Makna12.06.2012
adakah perkataan kebolehjangkitan boleh digunakan? Konteks ayat "Hal yang demikian kerana bendalir yang keluar dari jenazah mempunyai potensi kebolehjangkitan. Oleh kerana itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan tatacara tertentu bagi pengendalian jenazah pesakit COVID-19."Perkataan kebolehjangkitan merupakan terjemahan daripada kata R Naught dan boleh digunakan. Tatabahasa12.10.2022
Salam sejahtera tuan, Jenazah negarawan yang terkenal itu akan ______________ pada tengah hari esok. A dikuburkan C disemadikan B ditanamkan D dikebumikan Mana satukah jawapan yang sesuai? Adakah jawapan C dan D, kedua-dua boleh diterima? Terima kasih atas bimbingan tuan. Daripada Sin Mee, SibuSalam sejahtera,

Jenazah negarawan terkenal itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok.
Lain-lain31.07.2015
Tidak dapat memandi,melihat,mengkafan,menghantar jenazah ibu pusara adalah hakikat serta peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira dan Hamzah dan ahli keluarganya akibat dijangkiti koronavirus. Tuan,bolehkah saya tahu mana-mana ada beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan imbuhan dan lain-lain?Susunan ayat yang betul ialah “Tidak dapat memandikan, melihat, mengafankan dan menghantar jenazah ibu ke pusara akibat dijangkiti koronavirus merupakan sebuah hakikat dan peristiwa yang tidak mungkin dilupakan Hasmira, Hamzah dan ahli keluarganya.Tatabahasa06.01.2021
Salam sejahtera. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, perkataan jenazah berasal daripada bahasa Arab dan bermaksud mayat (bagi orang Islam). Oleh itu, perkataan ini tidak sesuai digunakan bagi orang yang bukan Islam. Saya ingin bertanya kepada En. Sulaiman, apabila kita merujuk kepada mayat maharaja pada zaman-zaman dulu di China, adakah apa-apa perkataan yang dapat menggantikan perkataan 'mayat' bagi menunjukkan hormat? Jawapan En. Sulaiman didahului dengan ucapan terima kasih.Perkataan mayat tidak membawa konotasi negatif dan boleh digunakan untuk maharaja China yang tidak beragama Islam, manakala perkataan jenazah boleh digunakan bagi maharaja China yang beragama Islam.Tatabahasa31.10.2014
123

Kembali ke atas