Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : (jendéla) tingkap; ~ langit tingkap magun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : /jendéla/ tingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jendela
Rujuk :tingkap

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam seahtera, Saya ingin bertanya, apakah perbezaan bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan bagi merujuk tingkap kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar keretanya.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya, apakah perbezaan maksud bagi perkataan 'jendela' dan 'tingkap'? Bolehkah perkataan 'jendela' digunakan untuk merujuk kepada 'tingkap' kereta? Contoh ayat: Melalui jendela kereta yang terbuka, Lina menikmati pemandangan indah di luar.Mengikut Kamus Dewan, jendela diberikan makna tingkap dan entri tingkap diberikan makna jendela.  Maka penggunaan kedua-duanya boleh saling bertukar ganti.Makna15.04.2014
1) Apakah maksud “nako” dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela “nako” yang terbuka luas. 2) Apakah maksud “kaulingkup” dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan “kaulingkup”. Terima kasih.1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis.

2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil.
Makna06.10.2023
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan, Bagaimana caranya untuk membeli buku DBP Totto Chan Gadis Kecil di Jendela? Merujuk kepada perkara di atas, besarlah harapan saya untuk dapat membeli semula naskhah buku karangan Tetsuka Kuroyanagi yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu oleh pihak DBP seperti gambar foto yang dilampirkan. Ini berikutan buku tersebut yang pernah saya baca sewaktu kecil dulu telah hilang dalam simpanan dan saya amat sayang pada buku itu. Berulang kali membacanya tetap tidak jemu. untuk makluman pihak Tuan, saya telah lama berusaha mencari naskah buku alihbahasa dalam Bahasa Melayu tersebut untuk dibeli, namun masih gagal hingga kini. Buku alih bahasa Bahasa Melayu tersebut sangat indah susunan tulisannya membuatkan rasa berkesan dalam jiwa dan mencetus imaginasi cerita yang menarik dalam fikiran. Justeru itu, mohon pihak tuan untuk memaklumkan untuk saya dapat membelinya semula naskhah yang telah dialih bahasa dalam Bahasa Melayu yang sangat bagus tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai. Sekian, terima kasih. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, Rosewati Binti Mohd Yusuff

Salam sejahtera.

Buku Totto Chan Gadis Kecil di Jendela

Hasil semakan dalam sistem https://dbpniaga.my/. Judul tersebut tiada dalam stok. Ini kerana buku ini merupakan buku lama dan setakat ini tidak dicetak lagi. Kami mohon maaf atas kesulitan untuk mendapatkan buku tersebut.

Walau bagaimanapun, hasil semakan dalam sistem http://pustakav2.dbp.gov.my/. Judul  tersebut  ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Memandangkan  sekarang ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sekiranya puan ingin  membaca semula buku tersebut, bolehlah berurusan dengan Pustakawan DBP seperti maklumat yang berikut:

a. Dr. Wan Khairoslinda Wan Khairi: linda@dbp.gov .my

b. Mohd Salman bin Zainol : salman@dbp.gov.my.

Terima kasih atas keprihatinan dan Kerjasama.
Lain-lain05.08.2021
Sang Asura Sep 12th, 5:24pm Salam. Mana boleh saya dapatkan novel Totto-Chan: Gadis Kecil Di Jendela?Salam. Saudara boleh bertanya sekali lagi di Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9636/2147 9680. Terima kasih.Lain-lain12.09.2014
Assalamualaikum, saya nak tanya apa istilah untuk "Double Hung Window"?Cadangan bagi istilah "double hung window" ialah "jendela angkat berkembar".Penyemakan dan penterjemahan21.10.2015
Assalamualaikum, Saya bercadang menerbitkan Kumpulan Puisi yang pernah tersiar di dalam akhbar dan majalah termasuk akhbar Berita Minggu,Mingguan Malaysia, Harian Ekspres Sabah, News Sabah Times, Jendela Selatan dan Majalan Dewan Sastera,Pelita Bahasa, Dewan Tamadun Islam dan Dewan Budaya. 2. Persoalannya: Siapakah pegawai Dewan Bahasa Pustaka yang boleh saya hubungi. Pohon pihak tuan dapat menyertakan alamat emel dan nombor telefon yang memudah saya hubungi. Sekian.Terima Kasih. ISMAIL BIN HASHIM 013-2279930Assalamualaikum Tuan Ismail Hashim

Berhubung pertanyaan tuan bagaimana untuk menerbitkan buku puisi, saya mencadangkan tuan menghubungi Bahagian Buku Sastera atau Bahagian Majalah. Tuan boleh berurusan dengan Hajah Zaiton Ismail, Ketua Editor Bhg. Buku Sastera (03-21479697) atau melalui e-mel (zaiton3@dbp.gov.my) dan Encik Azmi Ibrahim, Ketua Editor Bhg. Majalah  (03-21479449) atau melalui e-mel (azmi@dbp.gov.my).

Pihak kami mengalu-alukan hasrat tuan untuk menerbitkan buku puisi dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Lain-lain02.05.2018
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "inspection window' dalam ayat di bawah. Source:(Only applies to products with inspection window) Target: (Hanya terpakai pada produk bersama jendela pemeriksaan) Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "inspection window" ialah tingkap pemeriksaanMakna21.07.2021
Perkataan jejari bolehkah digunakan untuk jejari tangan?

Jejari tidak boleh digunakan untuk jejari tangan. Jejari ialah 1. jari-jari kisi-kisi pada pintu atau pada jendela. 2 = jari-jari besi atau kayu



yang dipasang dari pusat roda hingga ke lingkarannya. 3 garis lurus dari pusat bulatan ke lilitannya.




Bagi menggandakan perkataan jari yang menunjukkan banyak jari, jari-jemari boleh digunakan.

Tatabahasa10.05.2013
1. Pepohon buluh? 2. Jejari tingkap itu sudah berpaku. (adakah ayat ini betul?)Pepohon bermakna pohon-pohon.
Ayat jejari tingkap itu sudah berpaku adalah betul.  Jejari bermasud kisi-kisi pada jendela.
Lain-lain22.07.2014
12

Kembali ke atas