Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : (jendéla) tingkap; ~ langit tingkap magun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.dé.la] | جنديلا

Definisi : /jendéla/ tingkap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jendela
Rujuk :tingkap

Puisi
 

Buah salak di dalam piring,
     Buah kedondong atas jendela;
Kalau jalak lawan biring,
     Nanti tedung menuntut bela.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSPEKTIF

Perspektif ialah satu teknik yang digunakan oleh

artis untuk memberikan ilusi kedalaman dan jarak

kepada sebuah gambar. Apabila diperhatikan

sebuah gambar yang dibuat dalam perspektif,

pemerhati mempunyai tanggapan bahawa mereka

sedang melihat melalui sebuah jendela. Tepi

gambar itu menjadi “bingkai jendela.”

Pemandangan itu nampaknya menghilang di

kejauhan dari satu tempat yang tetap di sebelah

jendela pemerhati.

UMUM 
BIDAI VENETIAN

Bidai Venetian ialah bidai jendela yang

dibuat daripada bilah. Bidai ini digelar bidai

Venetian kerana digunakan dengan meluas di

Venice pada tahun 1600-an. Bidai yang sama

pernah dicipta terlebih dahulu oleh orang Jepun

dengan menggunakan batang buluh

UMUM 
MESIN DAFTAR TUNAI

Mesin daftar tunai ialah mesin yang merekod

dan memaparkan amaun jualan. Kebanyakan mesin

daftar tunai mempunyai laci untuk menyimpan wang

tunai. Apabila juruwang merekodkan sesuatu jualan

dalam mesin daftar tunai, harga pembelian tertera di

jendela paparan di mesin tersebut. Mesin daftar tunai

ini juga mencetak resit butiran yang mencatatkan

rekod penjualan untuk kegunaan pelanggan.

UMUM 

Kembali ke atas