Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jé.ne.ral] | جينرل

Definisi : pegawai tertinggi dlm tentera, perwira tertinggi, panglima perang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jé.ne.ral] | جينرل

Definisi : /jéneral/ pegawai tentera yg tinggi pangkatnya selepas leftenan jeneral. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jeneral


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Major GeneralMejar JeneralPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Adjutant-GeneralAjutan-JeneralPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Governor GeneralGabenor JeneralSejarahTiadaTiada
Resident GeneralResiden JeneralSejarahTiadaTiada
Acting or Assistant Adjutant-GeneralPemangku atau Penolong Ajutan-JeneralPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
D-DayD-DaySains PolitikHubungan AntarabangsaHari bersejarah bagi pendaratan tentera bersekutu, iaitu Britain dan Amerika Syarikat di pantai Normandy, utara Perancis semasa Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini berlaku pada 6 Jun 1944. Armada Pasukan Bersekutu pimpinan Eisenhower berjaya menembusi pertahanan pasukan berikat pimpinan Jeneral Rommel dari Jerman.
Korean WarPerang KoreaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang yang bermula pada 25 Jun 1950 apabila pasukan tentera Komunis Korea Utara melintasi garis lintang 38� untuk menawan Korea Selatan. Pencerobohan ini dipercayai dilakukan oleh Korea Utara kerana tidak bersetuju dengan pembahagian negara Korea kepada utara dan selatan yang dilakukan selepas kejatuhan pemerintahan Jepun pada tahun 1945. Pasukan tentera PBB yang diketuai oleh Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya memaksa tentera Korea Utara berundur kembali ke utara. Peperangan yang berlarutan di Korea Utara menyebabkan China campur tangan dalam bulan Oktober 1950 bagi menyelamatkan Korea Utara. Akhirnya, pada tahun 1953 gencatan senjata dipersetujui bersama oleh pihak yang terbabit dengan syarat keadaan dikembalikan seperti sebelumnya.
juntajuntaSains PolitikPolitik PerbandinganMajlis atau jawatankuasa yang dibentuk sebaik sahaja suatu rampasan kuasa atau revolusi berlaku. Majlis ini dibentuk bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan negara. Kini, penggunaan istilah junta lebih merujuk kepada badan pemerintahan negara yang diambil alih oleh kuasa tentera. Jawatankuasa ini dilantik khas oleh pemimpin yang berkuasa pada masa itu seperti jeneral atau kolonel tanpa melalui badan perundangan. Corak pemerintahan lebih cenderung kepada kepentingan pemerintahnya tanpa wujud pemisahan kuasa dan pengawasan oleh agensi pemerintahan yang lain. Contohnya, pemerintahan negara Myanmar sejak tentera mengambil alih kuasa.
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
po-te-hipo-te-hiMuzikTiada

 Teater patung sarung tangan Cina yang dipersembahkan dalam bahasa Hokkien untuk meraikan hari kelahiran dewa-dewi di kuil Cina di Malaysia dan di Indonesia. Patung tiga dimensi po-te-hi dimainkan oleh dua orang dalang yang memakai sarung patung, menyanyi dan berdialog. Cerita teater ini berkisar tentang kehidupan dan jasa raja serta golongan bangsawan, peperangan antara wilayah dan jeneral serta kasih sayang antara pegawai dengan gadis cantik. Teater ini diiringi ensembel sivil yang terdiri daripada alat muzik bertali seperti yiahu dan yuehu serta ensembel tentera yang terdiri daripada alat genderang seperti gu, ban, luo, blok kayu dan suona. Lihat juga opera Cina.


Kembali ke atas