Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jeng.kal] | جڠکل

Definisi : jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari yg lain: ~ kelengkeng; ~ manis; ~ hantu; ~ telunjuk; cakapan se~ dibawa sehasta prb perkara yg kecil diperbesar-besarkan; yg se~ tiada dapat jadi sehasta prb kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya; menjengkal mengukur dgn jengkal; ~ dada mengecilkan keberanian (ke­bo­lehan dll) orang lain; ~ muka menghina (menjatuhkan martabat dll) orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jeng.kal] | جڠکل

Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat yg berbunga putih), akar cina putih, akar orang merah, Neuropeltis racemosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jeng.kal] | جڠکل

Definisi : jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari lain yg direntangkan: ~ kelengkeng jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari kelengkeng; ~ manis jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari manis; ~ telunjuk jarak antara hujung ibu jari dgn hujung jari telunjuk. menjengkal mengukur dgn jengkal. ~ dada mengecilkan kebolehan (keberanian) orang lain. ~ muka menghina orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jengkal

Peribahasa

Tak akan lebih jengkal daripada jari.

Bermaksud :

Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Sekatalah jengkal dengan jari.Bersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak akan lebih jengkal daripada jari.Tidak akan berdaya seseorang itu berbuat lebih daripada kesanggupannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas