Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jengkaut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah kata 'jengkaut' tidak dipadankan dengan istilah 'excavator' dan tiada dalam kamus dewan edisi keempat walaupun penggunaannya meluas oleh penutur Melayu. Adakah kata jengkaut akan masuk dalam Kamus Besar yang akan diterbitkan tahun hadapan?Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, excavator diterjemahkan sebagai mesin pengorek. Dalam istilah pelbagai bidang, excavor dieja sebagai ekskavator. Setakat hari ini, tiada pemakluman perkataan jengkaut dimasukkan dalam Kamus Besar.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
apakah yang dimaksudkan dengan istilah 'jengkaut' sebab terdapat istilah ini dalam buku teks murid darjah enam dalam subjek Bahasa Malaysia.terima kasih.Jengkaut ialah jentera yang digunakan untuk kerja-kerja mengaut.Lain-lain08.05.2010
Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut)Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
1. Adakah perkataan 'parkir' dan 'jengkaut'(tiada dalam Kamus Dewan) diterima oleh DBP dalam penulisan formal? 2. Penggunaan kata ganti nama diri 'ia' tidak dicatatkan dalam Kamus Dewan sebagai kata ganti nama diri untuk binatang. Oleh itu, saya berpegang bahawa 'ia'jelas bukan merujuk binatang. Betulkah saya?

1. Parkir ialah perkataan Indonesia, dalam bahasa Melayu ialah 'tempat letak kereta' atau 'medan kereta'. Istilah yang tepat bagi jengkaut ialah pengorek kaut.

2. 'Ia' ialah kata ganti diri ketiga atau benda yang dibicarakan (bukan binatang).

 

Istilah26.02.2011
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA HANIS ZARIS, PEGAWAI PENGUATKUASA DARI UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG. PIHAK KAMI SERING MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SITAAN JENTERA BERAT YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KERJA-KERJA TANAH DAN SEBAGAINYA(YANG SESUAI). NAMUN KAMI TIADA MAKLUMAT LENGKAP NAMA JENTERA BERAT TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU UNTUK DIGUNAKAN DALAM KERTAS SIASATAN. MISALNYA EXCAVATOR : JENGKAUT, BULLDOZER : ? , BACKHOE : ? , FORKLIFT : ?. JUSTERU MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN UNTUK BERKONGSI NAMA-NAMA JENTERA BERAT YANG ADA DALAM REKOD DBP DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH.Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Sekiranya istilah yang dicari tidak dijumpai, tuan boleh ajukan pertanyaan kepada kami.Istilah24.10.2022

Kembali ke atas