Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini; menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll); terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka): kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan; terjenguk-jenguk mencari-cari atau me­lihat-lihat sesuatu dgn menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg dikenalinya; yg menunggu ketibaan sanak saudara ke­lihatan ~ memandang kereta api itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenguk
Rujuk :jengah

Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
look~ in, pay short visit, menjenguk, menjengah; (of doctor etc) melawat: we shall ~ in next time we’re in town, kami akan jenguk lain kali apabila kami berada di bandar; ~ so. in the /eye, face/, berani memandang sso: she could not ~ me in the eye after what had happened, dia tdk berani memandang saya selepas apa yg telah berlaku;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas