Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini; menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala (keluar dll); terjenguk dlm keadaan terhulur ke hadapan (bkn kepala, muka): kepalanya ~ dr daun pintu yg terbuka perlahan-lahan; terjenguk-jenguk mencari-cari atau me­lihat-lihat sesuatu dgn menjengukkan kepala: dia ~ spt mencari seseorang yg dikenalinya; yg menunggu ketibaan sanak saudara ke­lihatan ~ memandang kereta api itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[je.ngu/] | جڠوق

Definisi : ; menjenguk 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jenguk
Rujuk :jengah

Peribahasa

Tengok jenguk pandang-pandang,
     jangan sampai landak ditendang!

Bermaksud :

Jangan mudah menghina atau merendahkan orang kecil kerana ada waktunya ia akan melawan atau melebihi kita.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok tempat yang retak; Andainya awak dituakan orang, Jenguk-jenguk umat yang banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat seteluk jenguk-menjenguk, Adat setanjung kunjung-mengunjung; Adat menjenguk berelok-elok, Adat berkunjung sanjung-menyanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Jenguk menjenguk senang dan susah; Adat faham lembaga terang, Berkira duduk berbilang langkah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah memasang jerat, Jerat dipasang dijenguk-jenguk; Bukan mudah memegang adat, Adat dipegang berelok-elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tanda orang memasang jerat, Setiap pagi dijenguk-jenguk; Tanda orang memegang adat, Cakap berisi laku pun elok.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas