Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin, pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~ pembajak jentera utk membajak; 4. kese­luruhan sistem yg meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP dan ~nya ter­masuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM; ~ parti berjalan lancar; berjentera 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jentera (kata nama)
Bersinonim dengan mesin, pesawat, enjin, motor, komputer, penjana, alat, perkakas, radar, robot.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta bantuan ejaan jawi untuk : MENJUAL & MENYEWA JENTERA-JENTERA BERATBetulkan teks kepada MENJUAL DAN MENYEWA JENTERA BERAT dan teks Jawi 
منجوال دان مڽيوا جنترا برت
Ejaan06.04.2022
Saya Suwaibah Walohtae sedang belajar di universiti Fatoni kelas dasar. Saya ingin bertanya DBP,perkataan "Jantera" berasal dari bahasa apa ? dan apakah contoh dalam ayat? Terima kasihTiada perkataan "jantera" dalam bahasa Melayu. Yang ada ialah "jentera".  "Jentera" berasal daripada bahasa Melayu. Contoh ayat: Kilang itu dilengkapi jentera-jentera moden.Istilah22.09.2014
definisi industri berat dan definisi industri ringanMerujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain.Istilah21.09.2008
Salam, Apakah istilah yang betul untuk 'jentera penuai'? Terima kasih.Jentera penuai ialah istilah yang betul, iaitu jentera yang digunakan untuk memudahkan kerja pertanian.Istilah03.05.2013
Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut)Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
Salam sejahtera. Apakah terjemahan paling sesuai bagi "mechanical engineer"? Jurutera mekanikal atau jurutera jentera kerana terdapat kedua-dua istilah di laman ini. Terima kasih.Kedua-dua padanan iaitu, “Jurutera Jentera” dan “Jurutera Mekanikal” betul dan boleh digunakan untuk merujuk pada “Mechanical Engineer”. Namun, pengunaan yang lebih kerap dalam masyarakat sekarang ialah “Jurutera Mekanikal”.Istilah13.02.2014
Sila menterjemahkan ke dalam JAWI KEDAI ALAT GANTI JENTERA
1. KEDAI  کداي
2. ALAT  الت
3. GANTI ݢنتي
4. JENTERA  جنترا

 
Ejaan05.12.2019
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA, SAYA HANIS ZARIS, PEGAWAI PENGUATKUASA DARI UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG. PIHAK KAMI SERING MELAKUKAN TANGKAPAN DAN SITAAN JENTERA BERAT YANG DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN KERJA-KERJA TANAH DAN SEBAGAINYA(YANG SESUAI). NAMUN KAMI TIADA MAKLUMAT LENGKAP NAMA JENTERA BERAT TERSEBUT DALAM BAHASA MELAYU UNTUK DIGUNAKAN DALAM KERTAS SIASATAN. MISALNYA EXCAVATOR : JENGKAUT, BULLDOZER : ? , BACKHOE : ? , FORKLIFT : ?. JUSTERU MOHON JASA BAIK PIHAK TUAN UNTUK BERKONGSI NAMA-NAMA JENTERA BERAT YANG ADA DALAM REKOD DBP DALAM USAHA UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU. TERIMA KASIH.Untuk membantu tuan membuat semakan bagi penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. Sekiranya istilah yang dicari tidak dijumpai, tuan boleh ajukan pertanyaan kepada kami.Istilah24.10.2022
Selamat sejahtera. Adakah perkataan 'jurutera' merupakan gabungan imbuhan dan akronim iaitu 'juru' + 'jentera'? Sebahagian pelajar subjek bahasa Melayu berpendapat bahawa 'tera' ialah morfem terikat dan digabungkan dengan imbuhan 'juru'. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama.Jurutera ialah kata terbitan daripada awalan juru + jentera, namun mengalami pengguguran suku kata "jen" dan terhasillah jurutera. Bagaimanpun jika ada pandangan lain dan disertakan dengan dapatan ilmiah maka bolehlah dikemukakan kepada pihak yang lebih pakar untuk diperhalusi atau dikemukakan dalam seminar untuk perbincangan yang lebih tuntas.Tatabahasa14.03.2017
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietaryMekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya.Makna26.11.2007
12345

Kembali ke atas