Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin, pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~ pembajak jentera utk membajak; 4. kese­luruhan sistem yg meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP dan ~nya ter­masuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM; ~ parti berjalan lancar; berjentera 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jentera (kata nama)
Bersinonim dengan mesin, pesawat, enjin, motor, komputer, penjana, alat, perkakas, radar, robot.,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
party machineperangkat partaijentera partijentera partiSains Politik
political machinerymesin politikjentera politikjentera politikSains Politik
bulk spreaderpenghamparjentera penabur pukaljentera penabur pukalKejuruteraan
voting machinemesin pemungutan suarajentera mengundijentera mengundiSains Politik
machine politicsmesin perpolitikanpolitik jenterapolitik jenteraSains Politik
machinery spaceruang mesinruang jenteraruang jenteraPerikanan
blade gradermesin perata berbilahjentera perata berbilahjentera perata berbilahKejuruteraan
decision-making machinerymesin pembuat keputusanjentera pembuat keputusanjentera penggubal keputusanSains Politik
tree moving machinemesin pindah pohonjentera alih pokokjentera alih pokokPertanian
scrapermesin-garutTiadajentera garukKejuruteraan
12

Kembali ke atas