Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1. roda; 2. roda utk memintal benang, roda pd kincir; 3. mesin, pesawat: banyak pekerjaan di dunia ini dikerjakan oleh ~; ~ pembajak jentera utk membajak; 4. kese­luruhan sistem yg meliputi tenaga manusia (alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb) yg dapat menjalankan atau melaksanakan sesuatu: segala usaha DBP dan ~nya ter­masuk Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dan MABBIM; ~ parti berjalan lancar; berjentera 1. beroda; 2. bermesin, ber­pe­sawat; senapang ~ senapang mesin; tentera ~ ark tentera yg dilengkapi dgn alat-alat bermotor; 3. berpusing (spt roda); tanglung ~ tanglung yg berputar; kejenteraan yg berkaitan dgn jentera: industri ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.te.ra] | جنترا

Definisi : 1 alat yg bahagian-bahagiannya bergerak bersama-sama dan drpdnya kita memperoleh tenaga atau daya; mesin; pesawat: ~ pembajak. 2 roda utk memintal benang; roda pd kincir. 3 keseluruhan sistem yg meliputi tenaga manusia, alat perkakas, kemudahan, kemahiran, dsb yg terlibat dlm usaha utk menjalankan atau melaksanakan sesuatu: Segala usaha DBP dan ~nya dipadukan agar semuanya berjalan lancar. ~ kerajaan pasukan petugas, organisasi dll serta segala kelengkapan milik kerajaan yg bertujuan utk melicinkan pentadbiran kerajaan. berjentera 1 menggunakan jentera; mempunyai mesin atau pesawat: senapang ~ senapang mesin. 2 berputar spt roda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jentera (kata nama)
Bersinonim dengan mesin, pesawat, enjin, motor, komputer, penjana, alat, perkakas, radar, robot.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heavy industryindustri beratGeografiTiadaIndustri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat.
bilang gigi jenterabilang gigi jenteraKesenianTiadaProses mengira gigi jentera untuk menentukan jumlah benang yang akan diani. Contohnya jika gigi jentera berjumlah 1200, bilangan benang pakan dipungut berjumlah 60 kali bagi 20 peleting.
bilang gigi jenterabilang gigi jenteraKesenianTiadaProses mengira gigi jentera untuk menentukan jumlah benang yang akan diani. Contohnya jika gigi jentera berjumlah 1200, bilangan benang yang akan dipungut berjumlah 60 kali bagi 20 peleting.
jenterajenteraKesenianTiadaBahagian badan kek yang menyerupai sikat yang berfungsi sebagai laluan benang lungsin dan merapatkan benang pakan.
gigi jenteragigi jenteraKesenianTiadaBahagian jentera yang terdiri daripada bilah langkap yang kasar dan halus yang disusun seperti sikat pada alur gerak dan dagu sikat.
tali gantung jenteratali gantung jenteraKesenianTiadaBahagian badan kek yang berupa sepasang tali yang menggantungkan jentera pada alang badan kek.
anciliary machineryjentera bantuKejuruteraanTiadaPelbagai jentera yang terdapat dalam kapal selain jentera dorongan utama. Sinonim: auxiliary machinery.
combine harvestersjentuaiPertanianAgroteknologiAlat jentera yang digunakan untuk menuai hasil tanaman bijirin seperti padi, jagung, sekoi dan kacang soya. Jentera ini akan memotong seluruh tanaman dan membanting batang untuk meleraikan bijinya, dan seterusnya membuang jerami yang terhasil. Biji akan dikumpul di dalam bekas jentera itu manakala jerami pula, kemudiannya akan dibuang semula ke kawasan ladang tanaman.
battenjentera (PEM.MAN)SosiologiTiada2.Jentera: Bahagian alat tenun yang menyerupai sikat yang berfungsi sebagai laluan benang tangsi dan merapatkan benang pakan.
deck machineryjentera geladakKejuruteraanTiadaJentera yang terdapat di atas geladak kapal.
12345678910...

Kembali ke atas