Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.ti/] | جنتيق

Definisi : ; sejentik sedikit: ~ tiada sedarkan diri; menjentik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari: guru ~ telinga budak yg nakal itu; 2. menyepit dgn ibu jari dan jari yg lain, men­cubit; 3. ki, bp menegur, memarahi; jentikan 1. hasil atau perbuatan menjentik; 2. ki, bp teguran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.ti/] | جنتيق

Definisi : Jw ark kelengkeng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.ti/] | جنتيق

Definisi : ; jentik-jentik, jejentik anak nyamuk yg rupanya spt ulat kecil dan hidup di dlm air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[jen.ti/] | جنتيق

Definisi : ; menjentik 1 memukul dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari: Dia ~ telinga adiknya yg degil itu. 2 menyepit dgn ibu jari dan jari lain; mencubit: Dia ~ paha suaminya sampai merah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jentik

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama

Penggandaan separa  ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.

Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal:

laki - lelaki
pohon - pepohon
gelang - gegelang
tikus - tetikus
siku - sesiku

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
Jawapan yang manakah tepat? 1) Ali ____________ kumbang dengan ranting pokok kering. (a) menguis-nguis (b) menjentik-jentikJawapan yang sesuai ialah menguis-nguis.Tatabahasa07.12.2015

Kembali ke atas