Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jen.to.la/] | جنتولق

Definisi : traktor penyodok yg kuat utk me­ratakan atau mengangkut tanah, batu, dll, buldozer: pinggir hutan itu sedikit demi sedikit telah dikikis oleh beberapa buah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[jen.to.la/] | جنتولق

Definisi : jentera utk menolak tanah dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jentolak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mengapakah istilah backhoe dipadankan dengan pengorek-kaut? Mengapakah pola pembentukan jentuai, jentarik, jentolak dan jengkaut tidak digunakan dalam pembentukan istilah bagi backhoe? (Jengkorek-kaut)Untuk makluman tuan, jentarik terhasil daripada perkatan jentera + tarik, jentolak daripada jentera + tolak dan sebagainya. Perkataan jengkaut tiada dalam bahasa Melayu dan tidak terhasil seperti pembentukan perkataan jentolak, jentarik dan lain-lain, yakni bukan terhasil daripada jentera + kaut. Ahli dalam bidang tersebut telah memutuskan perkataan pengorek kaut sebagai padanan bahasa Melayu bagi backhoe.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2018
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat bagi ejaan akronim Sekolah Menengah Sains Tapah iaitu "SESTA". Adakah penulisan rasmi di dalam perenggan biasa selain tajuk menggunakan ejaan "SESTA", "Sesta" ataupun "SeSTa"? Terima kasih.Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia).
Pihak kami mencadangkan akronim untuk sekolah tuan ialah Semesta.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47.
Tatabahasa09.11.2023
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan NegaraKata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tatabahasa26.03.2018
Boleh pihak DBP bezakan antara akronim dengan singkatan frasa contoh perkataan ABIM..LKIM..ADUN.LUTH.ini ialah akronim..sedangkam PkP, SOP DASAR WAWASAN NEGARA (DEN)dikira sebagai singkatan kata.TERIMA KASIHKata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

Kata nama akronim boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

1. Akronim dibentuk dengan menggabungkan huruf awal sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "ADUN" (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata dan huruf awal sesuatu            rangkai kata:
    Contoh: "Perlihitan" (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Akronim dibentuk dengan menggabungkan suku kata sesuatu rangkai kata:
    Contoh: "Bernama" (Berita Nasional Malaysia)

4. Akronim dibentuk dengan menggabungkan bahagian awal perkataan pertama   
    dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya.
    Contoh: "jentolak” (jentera tolak)

Manakala singkatan pula bermaksud sesuatu yang disingkatkan, kependekan, ringkasan.

Contoh:
"Encik" (En.)
"Yang Berbahagia" (YBhg.)
"Tengah Hari" (Tgh.)


Tatabahasa09.11.2022
Salam. Adakah huruf ringkas merupakan sejenis akronim? Atau adakah akronim hanya terhad kepada singkatan yang dibaca mengikut ejaan sahaja seperti "UMNO" dan "UNESCO", tetapi bukan huruf ringkas yang dibaca dengan cara mengeja seperti "SKMM" dan "WHO". Terima kasih.

Kata nama akronim merupakan perkataan yang dihasilkan melalui percantuman bahagian-bahagian daripada serangkaian perkataan. Bahagian-bahagian perkataan itu boleh terdiri daripada huruf, suku kata atau bahagian-bahagian daripada perkataan.

 

Kata nama akronim boleh dibahagiakan kepada sekurang-kurangnya empat jenis, iaitu:

1. Kata nama akronim cantuman huruf awal perkataan. Contohnya, “ADUN” (Ahli Dewan Undangan Negeri)

2. Kata nama akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan. Contohnya, “Perhilitan” (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)

3. Kata nama akronim cantuman suku kata awal perkataan. Contohnya, “Bernama” (Berita Nasional Malaysia)

4. Kata nama akronim cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain perkataan yang mengikutinya. Contohnya, “jentolak” (jentera tolak)

Tatabahasa13.02.2022
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017

Kembali ke atas