Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; bunga ~ sj tumbuhan (pokok kecil yg senantiasa menghijau), jitung, zetun, Thevetia peruviana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jepun ii


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATO, EISAKU

Sato, Eisaku (1901–1975), berkhidmat sebagai

perdana menteri Jepun dari tahun 1964 hingga tahun

1972. Di bawah pimpinannya, Jepun menjadi kuasa

dunia selepas Perang Dunia II (1939–1945). Sebagai

perdana menteri, dia menyokong perjanjian Amerika

Syarikat–Jepun yang membolehkan Amerika Syarikat

membantu mempertahankan Jepun. Namun dia juga

mahukan Jepun lebih bertanggungjawab terhadap

pertahanannya. Masalah kesihatan memaksa Sato

meletakkan jawatan pada tahun 1972, dan tempatnya

digantikan oleh Kakuei Tanaka. Sato dan Sean

MacBride dari Ireland dianugerahi Hadiah Nobel

Keamanan pada tahun 1974. Sato memenangi

anugerah itu kerana usahanya mengehadkan

penyebaran senjata nuklear.

UMUM 
YAMASHITA, TOMOYUKI

Yamashita, Tomoyuki (1885–1946), jeneral

Jepun dalam Perang Dunia II yang dijatuhi

hukuman mati kerana “melanggar undang-undang

perang”.

UMUM 
NISEI

Nisei ialah nama Jepun yang merujuk kepada

kanak-kanak keluarga Jepun yang berhijrah ke

negara lain. Nisei bermaksud generasi kedua .

Orang yang berhijrah dikenali sebagai Issei

(generasi pertama). Anak-anak Nisei dinamai Sansei

(generasi ketiga), dan anak-anak mereka dikenali

sebagai Yonsei (generasi keempat). Lihat juga

Perang Dunia II.

UMUM 
YAWATA

Yawata ialah sebuah pusat industri berat Jepun

yang penting. Yawata juga sebahagian daripada

bandar raya Kitakyushu, yang terletak di utara

pantai pulau Kyushu (lihat Jepun [peta politik]).

Kilang di Yawata membuat besi jongkong daripada

bijih yang diimport dan menghasilkan kebanyakan

daripada besi keluli yang diperlukan oleh Jepun.

Yawata terletak berhampiran dengan lombong

batu arang dan mempunyai loji kok. Semasa

Perang Dunia II, Yawata menjadi sasaran pertama

serangan udara B-29 Amerika Syarikat, pada 15 Jun

1944.

UMUMKonsep
KAMIKAZE

Kamikaze ialah juruterbang Jepun yang

membawa misi berani mati semasa Perang Dunia II

(1939–1945).

UMUM 
PUTERA KONOYE

Putera Konoye (1891–1945). Fumimaro Konoye,

negarawan Jepun pada tahun-tahun sebelum

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
MACARTHUR, DOUGLAS

MacArthur, Douglas (1880–1964) ialah jeneral

Amerika yang terkemuka dalam Perang Dunia II dan

Perang Korea. Dia juga menerima bintang

kecemerlangan sebagai komander tertinggi pihak

Berikat bagi pendudukan di Jepun selepas Perang

Dunia II.

UMUM 
SEMENANJUNG BATAAN

Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk

Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau

terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung

Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina

bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan

angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II.

Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas

MacArthur telah berjaya mengundurkan askar-

askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit-

bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di

semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar

Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka

telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus

daripada sebarang bantuan.

UMUM 
PAKSI

Paksi merujuk perikatan yang dibentuk antara

Jerman, Itali, dan Jepun yang dimulakan pada tahun

1936 dan meneruskan kerjasamanya dalam Perang

Dunia II (1939–1945).

UMUM 
YARRA

Yarra ialah sekoci Australia yang diketuai oleh

Leftenan Komander R.W. Rankin. Semasa

mengiringi sebuah konvoi ke Australia, semasa

Perang Dunia II (1939–1945), ia bertembung dengan

tiga buah kruiser dan dua buah kapal pembinasa

Jepun di selatan pulau Jawa pada 4 Mac 1942.

UMUM 
12

Kembali ke atas